PELAKON Rebecca Nur Al-Islam masih belum terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga selepas melalui episod perceraian pada Mei tahun lalu. Menurut Rebeca, 40, keutamaannya ketika ini adalah membesarkan anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap kebajikan mereka tanpa memikirkan perkara lain. Malah kata Rebecca, kehidupannya tidak pernah sunyi kerana kehadiran tujuh orang anak termasuk seorang anak angkat sentiasa menjadi penyeri hidupnya."Alhamdulillah, macam mana nak sunyi anak tujuh (enam anak, seorang anak angkat), tak sempat sunyi. Anak ramai sangat dekat rumah, hari-hari dipenuhi dengan kerenah mereka. Rebecca tidak terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga. "Alhamdulillah yang penting anak-anak sekarang. Keutamaan saya adalah anak-anak, bukan diri sendiri. "Soal kahwin lain, nanti-nantilah dulu, mana nak fikir. Kita berhenti dulu bab-bab lain sebab saya memikirkan anak-anak sahaja. Perkahwinan bukan main-main," katanya kepada mStar. Rebecca memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pertunjukan Fesyen Amber Eid's Times For Love baru-baru ini.Ditanya sama ada anak-anak pernah mempersoalkan ketiadaan bapa di rumah selepas perpisahan, Rebecca memaklumkan perkara tersebut tidak pernah terjadi. ARTIKEL BERKAITAN: Rebecca Nur Al-Islam bergraduasi walau sarat dengan dugaan - “Sekelip mata Allah tarik segalanya dalam hidup”ARTIKEL BERKAITAN: Banglo mewah milik Rebecca Nur Islam berjaya dilelong RM2.92 juta, dua tahun didakwa gagal bayar pinjaman rumahUjarnya, dia dan bekas suami iaitu Datuk Nur Azman Sulaiman masih mengekalkan hubungan baik demi menjaga emosi serta kesihatan mental anak-anak."Tak pernah sebab kita tak gaduh. Hubungan kami baik saja macam biasa. Sebelum saya membuat keputusan untuk ke mahkamah, kami panggil anak terlebih dahulu. Kami berpisah secara tertutup dan saya tak nak sesiapa tahu kerana kami mahu menjaga emosi mereka pada waktu itu."Kena jaga minda mereka sebab itu sangat penting. Alhamdulillah, diam tak diam sudah dekat setahun. Mula-mula dua bulan awal itu mereka memang sedih, lepas itu mereka okey. Alhamdulillah," ujarnya. Anak-anak adalah keutamaan Rebecca dan bekas suami. Dalam pada itu, Rebecca turut menitipkan nasihat kepada individu yang melalui situasi sama agar sentiasa reda dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah."Sekiranya kita meninggal dunia hari ini, adakah membawa suami? Bawa anak-anak? Tidak kan. Jadi itu yang menguatkan saya. "Semuanya pinjaman. Jadi buat apa kita nak takut. Kita kena ada pegangan itu kepada Allah. Saya letak semua hidup saya kepada Allah," katanya. Untuk rekod, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata.TONTON VIDEO PILIHAN!