suria
mStar - Urban.Versatil

PTVM harap calon berwibawa terajui RTM selepas Suhaimi Sulaiman letak jawatan

Jurey (kiri) menzahirkan penghargaan buat Suhaimi.

PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) berharap Kementerian Komunikasi dapat melantik calon Ketua Pengarah Penyiaran yang berwibawa serta berpengalaman untuk menerajui  Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ia susulan pengumuman peletakan jawatan Datuk Suhaimi Sulaiman yang sebagai Ketua Pengarah Penyiaran yang akan berkuat kuasa pada 23 Februari ini.

Menurut Presiden PVTM, Datuk Jurey Latiff Rosli  pelantikan tersebut perlu mengambil kira keperluan semasa industri penyiaran yang semakin mencabar dan dinamik. 

Jurey mewakili PTVM berterima kasih atas segala sumbangan Suhami kepada RTM.

Jurey mewakili PTVM berterima kasih atas segala sumbangan Suhami kepada RTM.

“Adalah penting agar kesinambungan transformasi RTM yang telah dimulakan ini diteruskan dan diperkukuhkan, bukan sahaja daripada sudut pengurusan, tetapi juga dari aspek dasar kandungan dan kerjasama strategik dengan industri,” katanya dalam satu kenyataan. 

Dalam pada itu, PTVM turut berpandangan kepimpinan Suhaimi berjaya mengangkat semula peranan RTM sebagai penyiar awam yang lebih dekat dengan industri dan rakyat.

“Kepimpinan Suhaimi turut mengembalikan keyakinan bahawa RTM mampu menjadi rakan strategik kepada penerbit tempatan dalam membangunkan kandungan berkualiti dan berimpak tinggi,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Sulaiman sah letak jawatan Ketua Pengarah Penyiaran

ARTIKEL BERKAITAN: Suhaimi Sulaiman mampu bawa idea segar untuk transformasi Bernama dalam era digital

Dalam masa sama, PTVM merakamkan penghargaan kepada Suhaimi atas kepimpinan dan komitmen beliau sepanjang menerajui stesen penyiaran awam berkenaan.

PVTM menyifatkan RTM menunjukkan usaha penambahbaikan daripada segi tadbir urus, selain lebih terbuka terhadap dialog bersama pemain industri.

Malah, pendekatan kandungan yang lebih progresif dan relevan dengan kehendak semasa turut dilihat sebagai antara perubahan positif yang dibawa.

Menurut kenyataan itu lagi, RTM perlu terus memainkan peranan penting sebagai penyiar awam dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan Malaysia Madani secara berkesan dan berimbang.

PTVM berharap calon mengganti Suhaimi seorang berwibawa dan berpengalaman.

PTVM berharap calon tepat dapat menggantikan Suhaimi di RTM.

RTM juga diharapkan kekal sebagai platform penyiaran yang menampilkan kandungan membina negara, bangsa, memperkukuh perpaduan serta mencerminkan realiti dan aspirasi rakyat Malaysia.

Sementara itu, PTVM turut menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan RTM serta pihak kerajaan bagi memastikan ekosistem industri televisyen negara berkembang secara profesional, mampan dan berdaya saing.

Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, Suhaimi, 64, mengesahkan sudah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran RTM kerana mahu memberi fokus kepada perniagaan yang diusahakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain