suria
mStar - Urban.Versatil

Usia 54 masih 'free hair'... Didie Alias malas layan suara netizen, anggap perubahan dengan izin Allah

Didie tidak menghiraukan kata kesat netizen.

PELAKON dan pengacara, Didie Alias  sudah lali berdepan kata-kata kesat netizen mengenai penampilannya yang masih belum berhijab di usia 54 tahun. 

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, berkata dia tidak terkesan dengan sebarang kecaman dilemparkan, malah mengambil pendekatan menyekat individu berkenaan.  

“Bila saya buat siaran langsung, memang ada saja komen-komen negatif. Ada yang masuk ‘live’ dan cakap macam-macam, termasuk kata-kata kasar. 

Didie hanya mengekat akaun netizen yang mengecamnya. 

“Saya sudah biasa. Bagi saya senang sahaja, kalau tak elok, saya sekat. Habis cerita,” katanya kepada mStar. 

Didie memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada sidang media Puasa Tetap Puasa, Raya Tetap Raya di Angkasapuri Kota Media pada Selasa. 

Menyentuh soal penghijrahan diri, Didie percaya setiap perubahan  adalah ketentuan Allah dan dia sentiasa berdoa agar diberikan hidayah pada waktu yang tepat.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan kecewa keputusan SPM tak cemerlang, Didie Alias kongsi kejayaan anak dapat 1A tapi kini genggam ‘master’

ARTIKEL BERKAITAN: Enot dah ‘move on’ tak mahu ingat kisah lalu, mengaku rindu Didie Alias... “Kalau jumpa kita tegur”

“Saya percaya semua yang berlaku adalah dengan izin-Nya. Kalau tiba-tiba Allah bukakan pintu baharu untuk saya, itulah rezeki. Segalanya sudah tertulis di tangan Dia.

“Setiap hari saya berdoa, minta anak-anak doakan saya juga. Mungkin masa saya akan tiba, cuma bila, saya sendiri tak tahu. Insya-Allah,” katanya.

Bercakap mengenai sokongan insan terdekat, Didie meluahkan rasa syukur apabila anak-anak sentiasa menjadi tulang belakang dan sumber kekuatan untuk terus positif.

Didie percaya setiap perubahan adalah ketentuan Allah.

“Baru-baru ini, saya ada penggambaran untuk sebuah jenama fesyen. Anak-anak tengok dan mereka kata, ‘Cantiknya Mummy’. Dalam kumpulan WhatsApp pun mereka saling mendoakan saya

“Bagi saya, doa-doa daripada anak itulah yang paling penting,” katanya.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain