SEORANG individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul Aming (KA).Menerusi perkongsian di TikTok, individu yang menggunakan akaun @amir_car.specialist berkata dia mengunjungi Rembayung pada slot Selasa malam, namun berdepan pengalaman kurang memuaskan apabila menu ikan bawal sambal tumis petai yang dipesan didakwa tidak masak. Menurut individu itu, biarpun sudah membuat aduan dan kakitangan restoran menggantikan ikan yang baharu, namun keadaan sama masih berlaku."Dear Khairul Aming, saya kecewa hari ini apabila datang kedai Rembayung. Pertamanya, ikan bawal tu keras. Minta staf tolong tukarkan. "Dapat yang second pun masih tak masak," tulisnya pada perkongsian tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Hujan lebat, Rembayung dimasuki air... Khairul Aming mohon maaf pelanggan terpaksa pindah mejaDia turut memuat naik video memaparkan isi ikan bawal yang masih kelihatan sedikit kemerahan apabila dicubit. Bagaimanapun, dia memuji cara kakitangan restoran tersebut mengendalikan situasi berkenaan dengan baik dan profesional.Senarai menu yang dipesan individu berkenaan.Menurut individu itu lagi, teguran yang dibuat bukan bertujuan menjatuhkan perniagaan pempengaruh berkenaan, sebaliknya sebagai maklum balas untuk penambahbaikan khususnya daripada segi kawalan kualiti (QC) makanan."Just nak tegur cara QC (kawalan kualiti) makanan supaya tak ada orang terkena."Slot saya malam. Saya tak marah pun waktu ikan tu tak masak sampai dua kali. Cumanya teguran ni untuk KA improve more better."Saya bukan nak menjatuhkan bisnes KA. Terpulang kepada individu tu sama ada nak ambil sebagai negatif atau positif," tulisnya lagi.Pada masa yang sama, dia turut memuat naik gambar bil pembayaran di dalam perkongsiannya, namun menu ikan bawal sambal tumis petai tidak tersenarai.Malah kelihatan pencuci mulut, cendol yang tidak berada dalam senarai pesanan pula ditanda sebagai percuma di dalam bil berkenaan.