suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja 15 tahun menang RM500,000 pertandingan memancing, hadiahkan wang kepada ibu bapa

Remaja memenangi RM500,000 dalam pertandingan memancing pada Ahad. -Gambar Facebook DEN Kolam Pancing Kuala Selangor

SEORANG remaja berusia 15 tahun mencuri tumpuan apabila berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 selepas dinobatkan juara dalam pertandingan memancing di Den Kolam Pancing Kuala Selangor, Selangor pada Ahad.

Remaja dikenali sebagai Haikal dari Shah Alam itu memenangi hadiah utama apabila berjaya membawa naik ikan seberat 2.15 kilogram (kg), iaitu berat yang paling hampir dangan berat dipertandingkan 2.2kg.

Haikal mengakui dia pada awalnya hanya menemani bapanya ke kolam berkenaan dan tidak menyangka akan memenangi wang tunai sebanyak itu.

"Saya nak bagi RM500,000 kepada mak ayah," jawabnya ringkas bila ditanya perancangan yang ingin digunakan terhadap wang berkenaan.

Haikal memaklumkan dia menggunakan umpan ulat roti dalam pertandingan tersebut.

Pertandingan itu juga menyaksikan pemenang tempat kedua memenangi RM40,000 dan tempat ketiga meraih RM20,000.

Artikel Lain