PERKONGSIAN video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki berjalan menuju ke pelamin sambil diapit dua wanita berpakaian pengantin mengundang perhatian ramai."Pengantin adalah seorang lelaki dan dua perempuan. Apa-apa pun selamat pengantin baharu sepupu," tulis individu pada kapsyen video [Tonton Video] yang dikongsinya itu. Dalam rakaman tersebut, ketiga-tiga mempelai dilihat mengenakan busana sedondon berwarna ungu.Kemeriahan majlis itu juga turut dikongsikan individu lain menerusi video [Tonton Video] yang memperlihatkan suasana persandingan, dipercayai berlangsung di Sabah.Pemilik video kedua itu memaklumkan pengantin lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 20an. Jika diteliti di ruangan komen, ramai netizen menyatakan wajah kedua-dua pengantin wanita kelihatan hampir sama.Namun individu berkenaan menegaskan mereka bukan adik-beradik dan tidak mempunyai sebarang pertalian darah.Ketiga-tiga mempelai mengenakan pakaian pengantin dengan warna tema yang sama.Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila pengantin-pengantin itu dinikahkan sebelum mereka naik pelamin secara serentak.Ruangan komen pula dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengingatkan tentang tanggungjawab besar yang perlu digalas pengantin lelaki."Bukan biasa-biasa ni, dua (isteri) terus. Luar biasa."Kalau kaya, adil dan penyayang serta bertanggungjawab... kahwin ramai pun tak kisah."Kahwin memang seronok dik. Lagi-lagi kahwin dua. Siapa tak suka tapi ada tanggungjawabnya," demikian antara komen beberapa netizen.Dalam Islam, lelaki dibenarkan berkahwin lebih daripada seorang isteri pada hari sama, dengan syarat mampu berlaku adil.Menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, sekiranya perkahwinan dilangsungkan serentak, giliran bermalam pada malam pertama boleh ditentukan melalui undian.Jika mengikut turutan akad nikah, suami boleh bermalam bersama isteri yang dinikahkan terlebih dahulu.Azhar turut menjelaskan bahawa pasangan boleh tinggal serumah, malah sebilik namun tidak dibenarkan melakukan hubungan intim suami isteri secara serentak.