suria
mStar - Urban.Versatil

[V] Wanita ini dinikahkan di ruang sama jasad ibu terbaring kaku… Teruskan majlis lepas 6 jam arwah pergi selamanya

Majlis pernikahan Wanie berlangsung di ruang yang sama bersama jenazah ibunya. -Gambar media sosial

TARIKH 8 Februari 2026 pastinya kekal terpahat dalam sanubari seorang wanita yang bukan sahaja melangkah ke alam perkahwinan tetapi juga kehilangan insan tersayang.

Wanita yang dikenali sebagai Wanie berdepan detik memilukan apabila majlis akad nikahnya terpaksa dilangsungkan pada hari sama ibunya meninggal dunia.

Lebih menyentuh hati, majlis yang dirancang pada hari kelahirannya itu diadakan di ruang yang sama dengan jenazah ibunya.

"8 Februari 2026 adalah tarikh yang saya akan ingat sampai bila-bila.

"8 Februari mak lahirkan saya, 8 Februari mak tinggalkan saya dan 8 Februari juga sepatutnya mak tengok saya nikah.

"Doakan mak saya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman," katanya menerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video].

Dalam video tersebut, Wanie bersama pasangannya dilihat tetap meneruskan majlis akad nikah dalam suasana penuh ketabahan dan reda, dengan jenazah ibunya berada di ruang masjid yang sama.

Sementara itu, kakak kepada Wanie memaklumkan arwah ibu mereka menghembuskan nafas terakhir sekitar 3 pagi akibat kanser.

"Mak pergi dulu pukul 3 pagi sebab kanser. Nikah pukul 9 pagi waktu hari yang sama. Semua dah tertulis. Mak pergi dulu," katanya.

Artikel Lain