suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akibat pukul kawan potong barisan waktu makan, lapan penuntut kolej vokasional ditahan reman

Salah faham perlu diselesaikan dengan berbincang dan bukannya melakukan serangan. -Gambar hiasan AI

AKIBAT menyerang seorang pelajar yang didakwa memotong barisan ketika waktu makan, seramai lapan penuntut sebuah kolej vokasional di Melaka ditahan reman bagi membantu siasatan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman, semua pelajar terbabit digantung sementara berkuat kuasa serta-merta.

Rahmad menambah, siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh pihak polis serta Kementerian Pendidikan (KPM) memandangkan urusan disiplin yang melibatkan kolej vokasional berada di bawah bidang kuasa kementerian itu.

"Setakat ini, tiada tindakan buang sekolah dikenakan ke atas pelajar terbabit.

"Namun, terdapat permohonan pertukaran institusi daripada sebahagian pelajar dan perkara ini tertakluk kepada kelulusan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV)," jelasnya.

Difahamkan, bapa mangsa tampil membuat laporan polis selepas anaknya diserang oleh kumpulan pelajar terbabit minggu lalu.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia