MAYAT dipercayai pasangan kekasih yang telah mereput ditemukan di sebuah rumah sewa di U13, Setia Alam, Selangor pada Ahad.Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan kedua-kedua mayat berusia 36 dan 39 tahun itu oleh seorang saudara kepada mangsa lelaki. "Pengadu menemukan mayat pasangan itu di rumah sewa adik kepada mangsa lelaki," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Siasatan awal unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati rumah tersebut dalam keadaan tertutup, tiada kenderaan di perkarangan dan jeriji (pintu besi) hadapan rumah tidak berkunci."Kedua-dua mangsa berada di dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah dan mayat mereka telah mereput," katanya.Difahamkan, mayat wanita dijumpai atas katil manakala mayat teman lelakinya itu berada di atas lantai.Ramsay berkata, keadaan rumah kemas dan tidak menunjukkan berlaku sebarang unsur jenayah kerana tiada kesan kecederaan pada tubuh si mati.Susulan itu, mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat.Tambahnya, siasatan dibuka di bawah laporan mati mengejut dan kes akan diambil alih oleh Ketua Balai Polis Seksyen 6.Hasil bedah siasat mendapati mereka dianggarkan telah meninggal dunia kira-kira seminggu berdasarkan penilaian unit forensik. -The Star