suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hukuman penjara enam tahun, denda RM15.45 juta Isa Samad kekal

Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan pembebasan Mohd Isa pada Selasa.

MAHKAMAH Persekutuan pada Selasa mengetepikan keputusan pembebasan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, dalam kes rasuah membabitkan RM3.09 juta berhubung pembelian sebuah hotel di Sarawak.

Sehubungan itu, mahkamah mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 3 Februari 2021, selain mengeluarkan perintah komital terhadap Mohd Isa.

Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata hakim perbicaraan sebelum ini membuat dapatan yang betul berdasarkan fakta kes.

Dalam keputusan sebulat suara, beliau memaklumkan Mahkamah Rayuan gagal menilai fakta relevan, sekali gus memerlukan campur tangan mahkamah tertinggi negara itu.

Menurutnya, rayuan pihak pendakwaan dibenarkan dan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Mohd Isa diketepikan.

Mahkamah turut mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabitkan Mohd Isa atas kesemua sembilan pertuduhan rasuah.

Mahkamah menegaskan hukuman yang dijatuhkan sebelum ini adalah wajar serta selaras dengan undang-undang, selain menekankan bahawa rasuah merupakan perbuatan serius yang boleh memusnahkan sesebuah negara.

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia