Nilai emas kekal kukuh dan menjadi aset untuk berlindung ketika ekonomi tidak stabil atau kejatuhan nilai mata wang. -Gambar hiasan AI
APABILA sebut soal simpanan emas, ramai beranggapan jongkong seberat 1 kilogram (kg) merupakan nilai tertinggi dan paling berbaloi untuk dimiliki.Namun, ramai yang masih belum cakna bahawa simpanan 250 gram sebenarnya sudah memadai, malah boleh dianggap setaraf dengan nilai 1 kg walaupun bersaiz lebih kecil. Khusus bagi golongan usahawan ataupun pemilik perniagaan, simpanan 250 gram emas seharusnya dijadikan sasaran utama usai meraih keuntungan.Perunding dan ejen jualan emas, Ahmad Shukry berkongsi beberapa faktor yang menyokong perkara tersebut."Ada satu jenis emas yang cukup sesuai untuk kebanyakan orang, terutamanya kepada pemilik perniagaan yang nak mengalihkan sebahagian keuntungan bisnes kepada bentuk emas."Item yang sangat popular dalam kalangan pemilik perniagaan ialah 250 gram emas," ujarnya di laman Threads.1. Jurang susut nilai rendahEmas dengan berat 250 gram mempunyai nilai susut (spread) yang paling rendah berbanding barangan kemas lain.Malah, jurang susut nilainya juga bersamaan dengan 1 kg emas walaupun lebih rendah daripada segi harga dan berat.2. Nilai harga mampu milikJika dibandingkan dengan harga 1kg emas, 250 gram lebih berpatutan dengan anggaran kos sekitar RM140,000 sahaja.Nilai itu disifatkan mampu milik oleh golongan usahawan kerana kebanyakan mereka memiliki keuntungan ataupun simpanan dalam lingkungan harga berkenaan.Berbanding sekadar menyimpan tunai di bank, sebaiknya ia dibekukan dalam bentuk emas dengan nilai seberat 250 gram.3. Saiz idealBiarpun bersaiz lebih kecil berbanding 1kg emas, 250 gram cukup sesuai dijadikan simpanan malah selamat untuk disimpan.Tidak terlalu besar ataupun kecil, ia pastinya menjadi tarikan untuk individu terus mengumpul aset emas dengan berat 250 gram dijadikan permulaan.