RAMAI sebenarnya yang terperangkap dengan pelbagai hutang dan pinjaman sehingga sukar untuk menguruskan kewangan dengan baik.Lebih membimbangkan, ada yang tidak mempunyai strategi betul untuk melangsaikan hutang sehingga mengalami tekanan setiap bulan. Namun, penting untuk anda tahu bahawa strategi yang tepat sebenarnya boleh membantu seseorang melangsaikan hutang dengan lebih cepat.Jika pengurusan kewangan anda terlalu rumit akibat pelbagai tarikh pembayaran, kadar faedah berbeza dan terlalu banyak akaun untuk diuruskan, penyatuan hutang (debt consolidation) boleh menjadi salah satu pilihan untuk dipertimbangkan.Mereka yang mempunyai terlalu banyak komitmen mungkin boleh mempertimbangkan kaedah penyatuan hutang. -Gambar hiasan AIMenurut laman sesawang CIMB, kaedah ini menggabungkan beberapa hutang sedia ada menjadi satu pinjaman, lazimnya dengan pelan pembayaran balik yang lebih tersusun.Cara melakukannya:- Mohon pinjaman peribadi yang mungkin menawarkan kadar faedah lebih rendah untuk melangsaikan beberapa hutang sedia ada.- Selepas hutang-hutang tersebut dilangsaikan menggunakan pinjaman baharu, anda hanya perlu membayar satu ansuran bulanan tetap bagi pinjaman berkenaan.Kelebihan kaedah ini:- Memudahkan pengurusan pelbagai pembayaran hutang melalui satu ansuran bulanan.- Berpotensi mengurangkan keseluruhan kos faedah, bergantung pada profil kewangan dan syarat pinjaman.- Membantu memberikan gambaran yang lebih jelas tentang tempoh pembayaran balik hutang.Perkara penting untuk diketahui:Kelulusan, kadar faedah dan potensi penjimatan bergantung pada keadaan kewangan anda. Penyatuan hutang juga boleh membantu memperbaiki Nisbah Khidmat Hutang (DSR), bergantung pada profil kewangan anda secara keseluruhan.