suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelar suami ‘si bodoh’, wanita stres layan perangai cerewet pilih makanan di kedai - “Dia gelisah sampai tangan berpeluh”

Ada segelintir suami yang terlalu cerewet dalam memilih makanan. -Gambar hiasan AI

RESAM berumah tangga, setiap pasangan pasti mempunyai perangai dan kerenah tersendiri yang adakalanya menguji kesabaran.

Seorang wanita berkongsi kisah suaminya yang terlalu cerewet dalam memilih makanan setiap kali mereka mahu mencuba restoran baharu.

Menurut wanita itu, suaminya akan berasa gelisah sehingga berpeluh ketika memilih menu hingga akhirnya dia sendiri perlu membuat keputusan bagi pihak lelaki tersebut.

Ada suami selesa makan masakan isteri. -Gambar hiasan AI

Ada suami selesa makan masakan isteri. -Gambar hiasan AI

“Suami aku seorang yang sangat cerewet tentang makanan. Setiap kali nak cuba restoran baharu, dia akan gelisah sampai tangan berpeluh ketika nak pilih menu.

"Lepas tu dia suruh aku buat keputusan untuk dia," demikian luah wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulut lancang suami buat isteri sakit hati! Usaha masak sedap dapat komen ‘pedas’, siap pakej muka rengsa

ARTIKEL BERKAITAN: Dah penat masak, anak pula menangis... Isteri naik angin suami syok main telefon, sentap dijerkah terus hempas pintu!

Namun, menurutnya keadaan menjadi rumit apabila makanan yang dipilih tidak menepati cita rasa suaminya sehingga wanita itu pula dipersalahkan.

“Dia suruh aku buat keputusan untuk dia. Tapi kalau aku pilih sesuatu menu, tetapi makanan itu tak menepati cita rasa dia, aku pula dipersalahkan.

“Kalau aku suruh dia pilih sendiri, aku tetap kena salahkan sebab kononnya dah menyusahkan dia untuk memilih.

  • Suami gelisah setiap kali memilih menu di kedai makan.
  • Isteri dipersalahkan jika makanan yang dipesan tak kena selera.
  • Pilih menu sendiri pun tetap salah.
  • Isteri lebih suka memasak di rumah.
  • Netizen bersimpati dengan nasib wanita yang berkahwin dengan suami cerewet.

"Sebab itulah aku lebih suka masak di rumah untuk si bodoh ni,” katanya penuh emosi.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berharap setiap individu yang berdepan situasi itu bertabah dengan kerenah pasangan masing-masing.

"Semoga bertabah akak dapat laki cerewet macam tu. Saya boleh bayangkan.

"Bagusnya awak, kalau saya memang saya terus maki ja nak makan ke tidak? Tak nak sudah," komen warga maya.

Artikel Lain