suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mulut lancang suami buat isteri sakit hati! Usaha masak sedap dapat komen ‘pedas’, siap pakej muka rengsa

Seorang suami sewajarnya menghargai usaha isteri menyediakan hidangan untuk keluarga sebagai tanda kasih sayang dan menghargai pasangannya. -Gambar hiasan Ai

MEMASAK bukan sekadar rutin menyediakan hidangan di atas meja tetapi salah satu cara seorang isteri menunjukkan kasih sayang kepada suami.

Ada sanggup bangun lebih awal demi memastikan makanan tersedia sebelum memulakan tugasan harian hanya kerana mahu melihat insan tersayang menikmati hasil air tangan sendiri.

Namun apabila usaha itu lebih banyak menerima kritikan berbanding penghargaan, tidak mustahil hati seorang isteri boleh terluka, sebagaimana kisah dikongsikan seorang wanita ini.

"Boleh dikatakan setiap hati saya akan bangun pukul 5 pagi untuk sediakan sarapan suami dan saya.

Kata-kata pujian dan semangat daripada seorang suami membuatkan isteri berasa dihargai dan disayangi. -Gambar hiasan AI

"Weekend pula memang saya akan masak sepenuhnya kalau kami tidak ke mana-mana," kongsinya di Threads.

Menurut wanita itu, dia juga sentiasa meminta pandangan suami mengenai masakannya sebagai tanda mahu memperbaiki diri.

Katanya, ada kalanya suami memuji masakannya, namun kebanyakan masa, dia lebih banyak menerima komen dan kritikan.

"Bila dia complaint, saya buat bodoh je. Saya still masak je macam biasa. Tapi bukan hari ini. Tak tahu kenapa hari ni saya fragile betul.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi nasi ayam! Isteri merajuk tak mahu masak untuk suami, makin tawar hati dibandingkan pula dengan mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak masak untuk suami, malas mengemas tapi mengaku sama-sama hebat di ranjang rahsia bahagia

"Saya work from home, boleh je bangun lewat tapi saya bangun awal dan sediakan nasi goreng untuk suami.

"Bila tanya sedap ke tak, dia jawab dengan muka yang acuh tak acuh dan seolah-olah rengsek... awak pakai cukup rasa eh? Tak cukup masin. Cili ni pun awak terlebih letak," ceritanya. 

Kata-kata tersebut akhirnya membuatkan wanita berkenaan meledak dan meluahkan apa yang selama ini dipendam kerana merasakan usahanya seolah-olah tidak dihargai langsung oleh suami. 

Apa lebih menyakitkan, suaminya mempertahankan tindakannya selama ini dan mengatakan dia sepatutnya bebas memberikan komen terhadap masakan tersebut.

  • Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila usaha memasaknya untuk suami sering menerima kritikan.
  • Dia mengakui setiap hari bangun seawal pukul 5 pagi untuk menyediakan sarapan.
  • Wanita itu akhirnya menangis selepas suaminya mengkritik nasi goreng yang dimasaknya.
  • Dia berasa penat dan kecewa kerana usahanya seolah-olah tidak dihargai.
  • Netizen menasihatkan pasangan supaya saling menjaga hati ketika memberikan teguran.

"Aku dengar je, terus masuk bilik air... menangis. Sedih sebab usaha dan penat lelah aku seolah-olah tak dihargai. Semua tak kena dekat tekak. Lama-lama fed-up la juga," luahnya. 

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan wanita berkenaan dan berpendapat pasangan suami isteri seharusnya saling menjaga hati ketika memberikan teguran.

Menurut mereka, teguran terhadap masakan boleh sahaja diberikan namun biarlah disampaikan dengan cara yang baik agar tidak mengguris perasaan isteri.

Pada masa yang sama teguran dan kritikan membina diberikan boleh membuatkan seorang isteri sentiasa bersemangat memperbaiki kelemahan.

Artikel Lain