SETIAP pekerjaan pastinya mempunyai cabaran tersendiri, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan perkhidmatan yang dilakukan secara terus kepada pelanggan.Bagi mereka yang bekerja sendiri, setiap tempahan diterima juga hadir dengan pelbagai ragam pelanggan serta situasi tidak dapat dijangka. Begitulah diceritakan pemuda ini apabila rakannya memilih untuk berhenti kerja sebagai tukang urut kerana kecewa selepas dianiaya pelanggan.Perhidmatan yang dibayar dengan harga tidak berbaloi boleh menyebabkan seseorang hilang semangat untuk bekerja. -Gambar hiasan "Kawan aku merupakan tukang urut terapi. Dia pula jenis terima bayaran seikhlas hati. Satu hari, dia dapat panggilan tempahan untuk urut."Tiba hari dijanjikan, pelanggan kongsi lokasi. Rupanya jarak 50 kilometer (km) dari rumah dia. Tapi dia pergi juga. Sampai sana, rumah tingkat lima."Dah la dia kena angkut katil urut. Sampai rumah, pelanggan mahu urut dua jam. Selesai sesi, pelanggan cuma bayar RM30 je," kongsinya.Pemuda kongsi cerita tentang rakannya berhenti kerja sebagai tukang urut.Rakannya kesal dibayar RM30 selepas melakukan urutan 'full body' dua jam.Rakannya itu tidak pernah meletakkan harga, menyebabkan pelanggan ambil kesempatan.Dia berkata rakannya itu sepatutnya mengambil kira kos petrol, masa dan sebagainya.Ringkasan ini dijana oleh AINamun kata pemuda itu, dia juga tidak menyalahkan pelanggan berkenaan 100 peratus kerana rakannya sendiri tidak pernah menetapkan harga bagi perkhidmatannya."Sejak hari itu, kawan aku berhenti mengurut. Dia serik tapi pada aku, itu silap dia. "Dia jenis tak letak harga. Harga petrol dan lain-lain pun dia tak ambil kira," ujarnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ramas dada suami saya!” - Tukang urut makin tak selamat, pelanggan lelaki nak bayar lebih untuk pegang ‘adik’ dalam seluarARTIKEL BERKAITAN: Lelaki jumpa tukang urut, lepaskan segala rasa beban rumah tangga... Kusut isteri nak baju raya berpasang-pasang!Hantaran di Threads itu turut menerima komen netizen yang turut berkongsi pengalaman hampir sama."Kawan aku pun sama. Dia kata harga seikhlas hati. Lepas urut full body, pelanggan bagi sampul duit raya. Sampai rumah, dia tengok ada RM5 je."Itulah risikonya kalau beritahu ambil harga seikhlas hati. Tak semua pelanggan bayar setimpal dengan usaha dan masa kita. Ada yang ambil kesempatan," tulis netizen lagi.