SETIAP individu pastinya mahu melihat ahli keluarga mereka hidup aman harmoni tanpa sebarang konflik.Namun menurut seorang individu, dia kini berada dalam keadaan dilema selepas mengetahui sisi gelap kehidupan abangnya. Dakwa individu itu, dia sedih kerana abangnya kini menjalani kehidupan yang jauh menyimpang daripada ajaran agama Islam.Ibu bapa beragama Islam pastinya sukar menerima cara kehidupan anak mereka yang bertentangan dengan agama. -Gambar hiasan AI"Aku tak pernah kisah tentang orang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sampailah tahu abang sendiri macam tu."Abang aku gay dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Aku cuma boleh berdoa dari jauh. Kalau aku tegur, nanti dia benci."Mak ayah aku jangan cakaplah, mereka lagi sedih. Sekarang pun abang aku keluar rumah sebab rimas dengan mak ayah aku," luahnya.Seorang individu mendakwa abangnya kini menjalani kehidupan songsang.Selain mengaku gay, abangnya juga tidak mempercayai kewujudan Tuhan.Individu itu berkata abangnya keluar rumah kerana rimas dengan ibu bapanya.Ramai netizen minta individu itu dan keluarganya agar tak putus asa berdoa.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam hantaran yang tular di Threads, individu itu turut bertanya cadangan serta pandangan netizen bagi menangani konflik melibatkan abangnya.Di ruangan komen, ramai netizen meminta individu itu dan keluarganya tidak putus asa mendoakan perubahan abangnya.Netizen turut mencadangkan agar individu itu berbincang dan menasihatin abangnya secara baik agar dia tidak menganggap dirinya dipinggirkan atau dibenci keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda muak tengok kaum sejenis perasan laris, canang diganggu golongan songsang! - “Block je, tak payah tayang screenshot”ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gay nekad berubah, teman wanita pula curang! Naluri songsang kembali membuak, pilih balik kampung elak buat ‘perangai’ lama"Doa dan nasihat. Minta mak doa banyak-banyak. Sebak ya bila ada kes macam ni. Jangan judge lebih-lebih. Dia dalam fasa keliru."Cuba borak dengan abang, tanya kenapa dia jadi macam tu? Mesti ada sebab. Ada orang berubah macam tu sebab dia pernah jadi mangsa."Senjata orang mukmin adalah doa. Doakan dia sentiasa," pesan netizen lagi.