suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setiap minggu tengok cucu, wanita sarat hamil serabut mentua asyik datang rumah... Pening fikir cara nak tolak - “Saya nak fokus berpantang dan bayi”

Kunjungan keluarga sememangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun sewajarnya tidak mengundang ketidakselesaan tuan rumah. -Gambar hiasan AI

BAGI sesetengah pasangan, mempunyai keluarga mentua yang tinggal berdekatan sememangnya memudahkan urusan terutamanya jika berlaku sebarang kecemasan.

Namun bagi wanita ini, keadaan itu sedikit berbeza apabila kunjungan mentua ke rumah hampir setiap minggu membuatkan dia berasa rimas dan tidak selesa lebih-lebih lagi dirinya sedang hamil.

"Saya ikut suami pindah dan tak jauh sangat dari rumah mentua. Setiap minggu mereka datang dengan alasan nak tengok cucu atau anak buah.

Salah satu adab ketika berkunjung ke rumah orang adalah menjaga tertib sebagai tetamu. -Gambar hiasan AI

"Pada mulanya saya okey tapi lama-lama saya rasa malas dan rimas sebab kerap sangat datang," luahnya dalam satu hantaran di Threads.

Ujarnya, walaupun mentua tidak meminta menyediakan hidangan atau memasak setiap kali mereka berkunjung, perasaan tidak selesa itu tetap muncul.

"Yang annoying nya, kalau mereka tak datang sini, kitorang kena datang sana," ceritanya.

Katanya, perkara tersebut sudah disuarakan kepada suami, namun dia memahami kedudukan lelaki itu yang pastinya mahu menjaga hubungan dengan keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua ‘upgrade’ hantaran lepas anak naik pangkat kerani kanan! Waktu merisik setuju RM15,000... Lepas 2 minggu minta RM25,000

ARTIKEL BERKAITAN: Pahitnya nasib menantu... Rumah dibuat macam ‘event space’, keluarga suami angkat kaki lepas sambut hari lahir mentua!

"Saya dah beritahu suami tapi iyalah, keluarga dia kan.

"Saya juga dah beritahu, masa berpantang nanti jangan datang kecuali sekali sahaja masa melawat bayi. Saya nak fokus berpantang dan bayi," katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia melalui tempoh berpantang sebanyak dua kali di rumah ibunya, menyebabkan situasi kali ini sedikit berbeza kerana dia bakal berpantang di rumah sendiri.

"Saya tengah fikir, masa berpantang nanti macam mana. Sebelum ini dua kali berpantang dekat rumah mak saya.

  • Seorang wanita mengaku rimas apabila mentuanya kerap berkunjung hampir setiap minggu.
  • Dia kini sedang hamil dan bimbang keadaan itu berterusan hingga tempoh berpantang.
  • Wanita itu sudah memberitahu suami namun lelaki itu seolah-olah tersepit.
  • Dia berharap agar situasi tak berpanjangan ketika berpantang kerana mahu fokus kepada bayi.
  • Netizen menyarankan supaya dia menetapkan batas dengan baik dan meminta suami menjelaskan perkara itu kepada keluarganya.

"Kali ini di rumah sendiri, jadi mestilah mereka rasa boleh datang bila-bila masa kan? Macam mana nak cakap tidak dalam cara yang lembut untuk tak nak bagi mentua datang?" kongsinya sambil meminta pandangan netizen. 

Di ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi wanita berkenaan dan menyarankan supaya dia menetapkan batas sejak awal.

Menurut mereka, tempoh berpantang memerlukan ketenangan dan ruang yang cukup untuk ibu serta bayi menyesuaikan diri, justeru ahli keluarga perlu menghormati keperluan tersebut.

Ada juga berpendapat, suami memainkan peranan penting dalam menjelaskan keadaan itu kepada keluarganya agar wanita berkenaan tidak dilihat sebagai pihak yang sengaja mahu menjauhkan hubungan kekeluargaan.

Artikel Lain