suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cari baka baik untuk sambung keturunan, gadis tolak cinta lelaki berpendidikan tapi wajah ‘awam’ - “Saya tak nak cakap tentang mukanya”

Segelintir wanita mengimpikan suami yang berwajah kacak. -Gambar hiasan AI

DALAM mencari pasangan hidup, setiap individu pasti mempunyai kriteria tersendiri yang menjadi pertimbangan sebelum memutuskan untuk melangkah ke fasa seterusnya.

Ada yang lebih mengutamakan paras rupa, namun ramai juga tertarik kepada sikap, keperibadian serta cara seseorang itu melayan pasangan.

Namun seorang gadis ini meraih perhatian ramai selepas secara terbuka mendedahkan dia baru sahaja meninggalkan lelaki selepas melihat wajahnya.

Setiap wanita mempunyai kriteria sendiri dalam mencari pasangan hidup. -Gambar hiasan AI

"Saya kenal lelaki ini dalam aplikasi dating. Awalnya dia tak tunjuk muka, hanya gambar dari belakang. Mula-mula saya fikir dia low profile.

"Waktu itu, saya juga memilih personaliti berbanding rupa paras. Selepas beberapa hari kenal, saya minta dia tunjuk wajah. Saya terkejut, pada masa sama rasa kesian.

"Tapi saya tetap puji untuk jaga hatinya. Saya tak nak cakap lanjut tentang wajahnya, tapi dia bukan jenis yang saya cari," kongsi gadis itu.

  • Gadis tular selepas kongsi cerita berkenalan dengan lelaki dalam talian.
  • Dia bagaimanapun kecewa selepas lelaki itu mendedahkan wajahnya.
  • Gadis itu berterus-terang tentang isi hatinya dan kini mereka hanya berkawan.
  • Gadis itu juga menganggap mereka tiada jodoh untuk bercinta atau berkahwin.

Selepas berfikir panjang, gadis itu berkata dia akhirnya berterus terang dengan lelaki berkenaan dan kini mereka lebih selesa sebagai kawan.

"Saya tak suka gaya dan pemakaiannya tapi dia berpendidikan. Saya juga minta pendapat kawan baik. Dia tanya balik, kau serius nak lelaki macam ini?

"Lepas tu saya dah mula pening, tak tahu nak buat apa. Akhirnya saya jelaskan dekat lelaki tu dengan cara baik. Dia hormat pandangan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda cari calon isteri suka ‘bare face’, anggap hanya perempuan hodoh perlukan mekap untuk nampak cantik

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia pegang tangan, paksa jangan menolak!” - Wanita bongkar cubaan rogol, tunang nak ’test’ sebelum nikah

"Sekarang kami kawan macam biasa, tak bergaduh, cuma anggaplah tiada jodoh," ujarnya.

Hantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads itu turut mengundang pelbagai komen netizen.

"Saya faham kamu pilih rupa, kamu pun muda lagi. Tapi seiring peningkatan usia, percayalah yang rupa itu tak penting.

"Kita ni perlukan 'baka' yang baik untuk anak-anak. Rupa paras baik, akhlak pun kena baik. Jadi pilihlah yang sejuk mata memandang," tulis netizen.

Artikel Lain