Tidak mudah untuk seseorang berpisah dengan darah daging sendiri apatah lagi selepas menjaganya untuk tempoh masa yang lama. -Gambar hiasan AI
BUKAN mudah memikul tanggungjawab membesarkan anak saudara pada usia muda, lebih-lebih lagi apabila terpaksa membahagikan masa antara kerjaya dan pengajian.Namun bagi seorang wanita berusia 29 tahun ini, rasa kasih terhadap dua anak buahnya membuatkan dia sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit selepas kakak iparnya jatuh sakit sebelum dijemput Ilahi. Namun apa yang menyedihkan, pengorbanannya seolah-olah tidak dihargai oleh abang sendiri yang kini mengugut mahu mengambil semula anak-anak tersebut hanya kerana isu wang belanja. "Abang aku duda anak dua. Sepanjang anak buah aku lahir dekat dunia ni, aku yang besarkan. Arwah kakak ipar aku sakit kronik, jadi aku volunteer bela dan besarkan," katanya menerusi satu perkongsian di Threads.Bagi individu yang belum berkahwin, rata-ratanya tidak lokek wang demi menggembirakan anak buah. -Gambar hiasan AIMenurutnya, isu mula timbul apabila dia meminta abangnya menambah wang belanja sekolah daripada RM300 kepada RM400 sebulan bagi menampung perbelanjaan makan anak buahnya di sekolah."Tiba-tiba dia ugut, aku nak ambil balik anak aku dan nak tukar sekolah,” ujarnya.Wanita itu berkata, dia bimbang dengan masa depan anak buahnya kerana situasi sama pernah berlaku sebelum ini hanya kerana dia mahu mendaftar kanak-kanak itu ke pra-sekolah aliran agama Islam. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat jadi ‘kuli’, jaga 2 anak buah sampai malam... Adik upah RM500 sebulan, gaji bibik lebih tinggiARTIKEL BERKAITAN: Kakak ipar buta perut, suruh mengasuh anak-anak tapi tak bagi upah... Hujung minggu pun kena jaga sebab nak main boling!"Beria tak bagi... sanggup drive dari selatan ke utara ambil anak dia. Apabila dah bagi dekat dia, anak tu tak pergi sekolah. "Boleh kira berapa hari je pergi sekolah. Akhirnya aku pakat dekat arwah kak ipar, ambil semula anak buah aku. Kak ipar percaya aku jaga anak dia," "Sekarang ni dia (abang) beritahu nak kahwin lain. Aku macam boleh jangka anak buah aku takkan sekolah," katanya lagi.Tambah wanita tersebut, dia agak terkilan kerana abangnya seolah-olah tidak menghargai pengorbanannya selama ini dan sanggup menjadikan anak sendiri sebagai mangsa hanya kerana isu wang belanja yang diminta.“Sejak diploma hingga degree aku buat pengajian jarak jauh. Kerja, belajar, jaga anak buah."Aku cuma minta tambah duit belanja sekolah anak dia sahaja. Duit mengasuh, transportation, makan harian, baju sekolah, yuran mengaji, yuran sekolah, tuisyen aku keluarkan duit aku sendiri. Dia tak mampu? Gaji dia lebih daripada cukup," katanya.Seorang wanita terkilan kerana abang ugut untuk ambil semula anak buah hanya kerana isu wang belanja.Wanita itu sukarela membesarkan anak buahnya kerana kakak iparnya sakit kronik dan meninggal dunia.Dia hanya minta tambahan wang belanja RM100 sedangkan perbelanjaan lain ditanggung dengan wangnya.Lebih merisaukan, abangnya memberitahu hasrat untuk berkahwin kembali.Wanita itu bimbang masa depan anak buahnya jika serah kembali kepada abangnya.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan simpati terhadap situasi yang dilalui wanita berkenaan dan memahami kasih sayangnya kepada darah daging sendiri.Rata-ratanya menyarankan supaya dia dan abangnya berbincang demi kebaikan kanak-kanak berkenaan, namun ada juga yang menyarankan supaya dia 'memulangkan' kembali anak buahnya itu untuk 'mengajar' abangnya tentang tanggungjawab seorang bapa."Jangan ambil tanggungjawab dia sebab nanti dengan mudah dia abaikan. "Sayang memang sayang tapi bagi saja balik. Anak dia, dia la jaga. Apa-apa berlaku, tanggungjawab dia. Biar dia pula keluarkan semua kos anak dia," demikian antara komen netizen.