suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sampai seminit sebelum ‘break’ solat, wanita cantik tetap berkeras nak ‘dine in’ - “Sekarang 12.29, tak boleh order?”

Pelanggan perlu lebih cakna mengenai waktu operasi sesebuah perniagaan. -Gambar hiasan AI

TERDAPAT beberapa negeri di Malaysia mengambil pendekatan menutup premis perniagaan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Menerusi satu perkongsian, seorang pekerja sektor makanan dan minuman (F&B) menceritakan pengalaman berdepan situasi janggal apabila dikunjungi pelanggan wanita hanya seminit sebelum restoran tempatnya bekerja ditutup.

Menurutnya, di Terengganu, kebanyakan premis akan ditutup sekitar pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang pada Jumaat.

Walaupun waktu operasi telah berakhir, pekerja masih perlu menyelesaikan beberapa perkara sebelum menutup perniagaan. -Gambar hiasan AI

Walaupun waktu operasi telah berakhir, pekerja masih perlu menyelesaikan beberapa perkara sebelum menutup perniagaan. -Gambar hiasan AI

"Sepanjang kerja F&B ni banyak je jumpa kes pelanggan datang nak makan pukul 12:30 tengah hari. 

"Tapi yang ni kesnya lain sikit. Perempuan yang datang ni cantik sangat, dia sampai saat kami dah tak ambil pesanan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlupa lap satu tingkap, pekerja F&B dibuang tanpa notis! Terkejut dapat mesej wakil bos - “Aku rasa kau tak sesuai kerja sini”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak makan pun tak senang! Pelanggan bengang pekerja F&B tutup pintu besi, susun kerusi atas meja sebelum pukul 9.30 malam

Terang pekerja itu, perempuan tersebut datang seminit sebelum restoran tempat dia bekerja ditutup bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.

"Dia tanya... boleh dine in ke? Saya jawab tak boleh sebab tutup pukul 12.30 tengah hari.

"Tahu dia jawab apa? Tapi sekarang pukul 12.29 tengah hari, tak boleh order ke?," katanya yang terkedu dengan jawapan tersebut.

Peniaga itu mengakui terdiam seketika kerana tidak menyangka pelanggan terbabit masih mahu membuat pesanan walaupun waktu operasi hampir tamat.

“Saya terus blur. Satu minit pun nak kira ke?” katanya sambil meluahkan rasa geram terhadap sikap pelanggan berkenaan.

  • Pekerja F&B terkejut pelanggan mahu order seminit sebelum restoran tutup.
  • Pelanggan persoal kenapa tak boleh order walaupun baru 12.29 tengah hari.
  • Restoran di Terengganu tutup sementara bagi memberi laluan solat Jumaat.
  • Pekerja mengakui terkedu dengan permintaan pelanggan berkenaan.
  • Netizen berpendapat pelanggan mungkin tidak mengetahui waktu operasi di Terengganu.

Perkongsian itu turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang beranggapan pelanggan tersebut mungkin orang luar Terengganu dan tidak mengetahui waktu operasi perniagaan.

"Saya tak pernah pergi Terengganu, tapi ada dengar cerita peniaga di sana dan Kelantan memang tutup awal masa hari Jumaat.

"Terima kasih sebab beritahu, kami orang luar memang tak tahu. Takut blur pula bila sampai tengok kedai tutup awal," komen netizen.

Artikel Lain