APABILA seseorang terlalu kerap mengambil cuti sakit (MC), lama-kelamaan keadaan itu pasti boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan sekerja.Malah, tidak hairanlah jika ada yang mula meragui sejauh mana kebenaran masalah kesihatan yang dialami atau menganggap individu terbabit sekadar mahu 'culas' daripada menjalankan tugas. Namun menurut seorang wanita, pekerja yang kurang sihat tidak seharusnya mempedulikan pandangan serong orang sekeliling kerana kesihatan diri perlu sentiasa menjadi keutamaan.Tekanan kerja boleh menyebabkan seseorang jatuh sakit. -Gambar hiasan AI"Rakan sekerja aku ni kerap MC. Tiap minggu mesti MC dua hari. Tapi aku jenis tak kisah. Lantaklah, kalau sakit baik, MC."Hari ini dapat khabar yang dia pitam dan mungkin kena serangan strok. Moral of the story, kalau sakit tu, MC je la."Tak payah peduli mulut orang. Kalau dah sakit tu, tak perlu nak jaga hati orang lain," ujarnya.Wanita pesan kepada semua pekerja agar ambil MC jika kurang sihat.Dia minta golongan pekerja tidak pedulikan mulut orang yang mengata.Dia berkata seorang rakan sekerjanya juga kerap MC sehingga dia rebah.Dia berkata rakan sekerjanya itu disyaki terkena serangan strok.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan wanita itu dan meminta orang ramai berhenti menghakimi pekerja yang kerap mengambil MC."Kalau sakit, MC je. Saya kerja dalam bahagian Sumber Manusia (HR). Saya dah tengok kawan sendiri meninggal sebab keletihan fizikal, mental dan emosi akibat kerja."Pejabat saya macam ni la. Saya MC pun jadi isu. Mereka kata macam-macam. Dia sihat, bolehlah judge orang. Dia belum kena ujian lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Tak suka staf dapat MC dua hari, majikan terus hantar mesej buang kerja... Alasannya beri rezeki dekat orang baharu!ARTIKEL BERKAITAN: Lupa kes tipu tarikh MC belum selesai, bekas pekerja ada hati ugut majikan lambat bayar gaji"Mereka yang sibuk pasal MC orang ni, dia belum pernah kena ujian. Nanti dah kena, dia sendiri akan terdiam," tulis beberapa netizen.Pada masa sama, pelayar Threads turut berkongsi pesanan kepada golongan pekerja agar tidak mengambil kesempatan dengan menipu MC sehingga menyusahkan rakan-rakan di tempat kerja."MC sebab sakit okey je. MC sebab tipu sakit tu yang buat orang jadi tak percaya," kata netizen lagi.