suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja ‘mendidih’ dihalang tengok ‘Spider-Man’, pawagam larang pakai baju sekolah - “Budak beli tiket buat tak tahu je!”

Ada sebahagian pawagam mengenakan etika pakaian untuk menonton wayang. -Gambar hiasan AI

KLASIFIKASI filem di pawagam bertujuan melindungi penonton terutamanya kanak-kanak dan remaja daripada kandungan yang tidak bersesuaian dengan tahap kematangan mereka.

Namun, isu pemakaian turut menjadi pertikaian apabila seorang pelajar mendakwa tidak dimaklumkan lebih awal mengenai larangan memasuki hall tayangan dengan memakai seragam sekolah.

Pelajar tersebut itu meluahkan rasa kecewa selepas tidak dibenarkan masuk ke sebuah pawagam untuk menonton filem Spiderman kerana memakai uniform sekolah.

Pakaian sekolah tidak termasuk dalam larangan etika pemakaian dalam pawagam. -Gambar hiasan AI

Pakaian sekolah tidak termasuk dalam larangan etika pemakaian dalam pawagam. -Gambar hiasan AI

"Aku benci betul pawagam ni, nak tengok Spider-Man pun tak boleh pakai baju sekolah. Pawagam lain aku pergi dengan anak saudara boleh je masuk.

"Bukan filem 18+ pun. Dah la tiket tak boleh refund," luah individu tersebut di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki bengang penonton main telefon dalam wayang, anggap tiada ‘common sense’ - “Nak tengok YouTube baik duduk rumah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Tegur pasangan bercinta bising, bercium masa tonton wayang... Wanita dakwa diugut pukul lepas keluar pawagam

Lebih menyakitkan hati, kakitangan pawagam berkenaan didakwa sekadar mencadangkan supaya dia menyarung jaket, menukar waktu tayangan atau datang semula pada hari lain.

"Kalau dah tahu ramai budak sekolah, beritahu la awal-awal tak boleh masuk pakai uniform. Ni nampak budak beli depan mata buat tak tahu je.

"Apabila nak masuk baru cakap tak boleh, ni suruh pakai jaket la, tukar waktu la dah kena keluar modal lain," katanya.

Tambah pelajar itu lagi, peraturan berkenaan secara tidak langsung membebankan penonton muda seperti mereka yang perlu mengeluarkan kos tambahan sekiranya mahu keluar semula dari premis berkenaan.

“Kalau memang sudah jadi syarat, aku faham dan terima bahawa tak boleh masuk dengan uniform. Tapi sekurang-kurangnya beritahu awal.

“Kesian budak-budak yang sudah beli tiket, kemudian ketika hendak masuk baru diberitahu. Kalau tahu dari awal, tak adalah kami beli tiket,” luahnya.

  • Pelajar kecewa tak dibenarkan masuk kerana memakai uniform sekolah.
  • Dakwanya, larangan hanya diberitahu selepas tiket dibeli.
  • Tiket pula dikatakan tidak boleh dikembalikan.
  • Kakitangan mencadangkan pakai jaket atau tukar waktu.
  • Netizen turut mempersoalkan larangan tersebut.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai warga maya yang rata-ratanya pelik dengan tindakan pihak pawagam berkenaan kerana setahu mereka tiada sebarang larangan rasmi mengenai pemakaian seragam sekolah untuk menonton wayang.

"Sebelum ni masa kertas akhir SPM kami terus pergi tengok wayang pakai baju sekolah... boleh je masuk.

"Macam aneh je. Kesian budak-budak, tak tahu pula ada pawagam buat syarat macam ni," komen warga maya.

Artikel Lain