Segelintir golongan songsang menggunakan media sosial untuk 'memburu' lelaki idaman. -Gambar hiasan AI
KISAH mengenai lelaki tulen yang menjadi mangsa gangguan golongan songsang atau gay sudah acap kali tular sehingga menjadi perbualan hangat di media sosial.Bagaimanapun, seorang pemuda berpendapat lelaki yang menerima gangguan sedemikian tidak sewajarnya memperbesarkan isu itu di platform digital. Menurut individu berkenaan, dia mendapati segelintir lelaki seolah-olah bangga apabila memuat naik tangkapan layar perbualan dari media sosial, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk diri mereka laris dan menjadi rebutan.Segelintir lelaki gemar berkongsi foto tak berbaju ketika bersenam di gim. -Gambar hiasan AI"Kepada lelaki-lelaki normal di luar sana. Jika ada lelaki mengurat kau, senang je... jawab yang kau normal dan tak berminat dengan kaum sejenis."Jangan layan. Settle. Tak payah nak screenshot, lepas tu kongsi di media sosial, beritahu satu dunia kononnya kau 'terpaling' ramai lelaki nak."Kalau tak selesa, block je. Tak payah layan atau cakap je elok-elok yang kau tak minat. Tak payah menggelabah screenshot, tularkan macam satu pencapaian," ujarnya.Pemuda minta kaum Adam tak melenting jika diganggu golongan songsang.Dia berkata kebanyakan mangsa suka tularkan kisah ganguan itu di media sosial.Sikap lelaki yang suka kongsi foto seksi dianggap antara punca gangguan berkenaan.Dia menasihati mangsa agar tidak melayan dan membalas gangguan berkenaan.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut pemuda itu lagi, tindakan kaum Adam yang gemar berkongsi foto 'mengundang' juga boleh menjadi punca gangguan berkenaan."Apabila kau kongsi gambar tak berbaju, mestilah orang nak tengok. Mungkin kau nak tunjuk progress badan. Perempuan, lelaki, semua boleh tengok."Apabila kongsi di media sosial, mesti ada lelaki songsang tertarik dan direct message (DM) kau. Itu benda normal sebab kau kongsi gambar di platform awam," ujarnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Takut kena gelak dekat balai... Pemuda mangsa gangguan seksual ‘housemate’ lelaki malu lapor polis, susah tunjuk buktiARTIKEL BERKAITAN: Pelajar intern cuak diganggu jiran gay! Gigih tutup tingkap, kunci pintu... tiba-tiba dah ada dalam rumah sewaHantaran yang dimuat naik menerusi Threads itu turut menerima pelbagai komen serta pandangan netizen."Saya pun selalu diganggu lelaki. Tapi saya tak pernah dedahkan kandungan mesej mereka. Lantaklah mereka minat aku. Kalau tak suka, cakap je."Ini baru betul tindakan matang. Tak perlu nak heboh kononnya golongan sejenis mesej kau... simpan je."Sikit-sikit nak tunjuk. Sebab apa? Sebab dia dahagakan perhatian sebenarnya," tulis netizen lagi.