suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Betapa rasa terhinanya seorang nenek dihalang cium cucu sendiri... Takut jadi pembawa kuman!

Nenek merupakan antara insan paling teruja menanti kelahiran cucunya. -Gambar hiasan AI

KEHADIRAN cahaya mata sememangnya dinantikan setiap pasangan, malah pelbagai langkah sanggup diambil ibu bapa demi memastikan kesihatan si manja sentiasa terpelihara.

Namun, ada kalanya tindakan sesetengah ibu bapa yang terlalu mengehadkan sentuhan sehingga tanpa disedari menimbulkan salah faham serta menggores hati ahli keluarga sendiri.

Menurut seorang wanita, dia juga pernah menyaksikan sendiri bagaimana seorang nenek dihalang daripada mencium wajah cucunya yang baru dilahirkan.

Kesihatan dan keselamatan bayi menjadi keutamaan ibu bapanya. -Gambar hiasan AI

"Ada seorang individu ni, dia cakap anaknya tak boleh disentuh dan dicium, nanti kena penyakit. Kejadian ini berlaku depan mata saya.

"Nenek kepada bayi tu hanya nak cium cucunya. Terus anak perempuan dan menantunya halang. Mereka kata jangan cium, nanti kuman.

"Nenek tu terdiam. Dia mengadu dengan saya. Dia betul-betul terasa hati sebab tak boleh cium cucu sendiri," kongsi wanita itu tanpa mendedahkan hubungan antara mereka.

  • Seorang warga emas berkecil hati selepas dihalang mencium wajah cucunya.
  • Anak dan menantunya menetapkan batas demi memastikan kesihatan si cilik itu.
  • Nenek itu akhirnya memilih untuk tidak menyentuh cucunya sehingga dia membesar.
  • Kanak-kanak itu kini berusia lapan tahun dan sering berdepan masalah kesihatan.

Tambah wanita itu lagi, di sebalik pelbagai langkah pencegahan yang diambil ibu bapa berkenaan, dia berkata kanak-kanak tersebut membesar dengan pelbagai masalah kesihatan.

Menurutnya lagi, walaupun kejadian itu sudah lama berlaku, namun ia masih segar dalam ingatannya sehingga ke hari ini.

"Sampai hari ni nenek tu langsung tak nak sentuh cucunya. Sekarang budak tu pun dah bersekolah darjah tiga. Sejak kecil, budak tu kerap keluar masuk hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Cium-cium dulu kemudian terus peluk... Wanita hidap Tourette kongsi cara jaga bayi, menakjubkan ‘tics’ terus hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Takut anak jatuh sakit, ibu letak notis larangan cium bayi... Risau majlis ‘mega’ 400 jemputan jadi medan sebar virus

"Dia mengalami macam-macam masalah kesihatan. Budak tu semput teruk. Jadi persoalannya, kenapa sakit walaupun tak ada orang sentuh anak dia? Dari mana kuman tu datang?" ujarnya.

Dalam hantaran di Threads, wanita itu turut membuat andaian kemungkinan kanak-kanak itu terkena penyakit ain disebabkan tindakan ibu bapanya yang melukakan hati orang sekeliling.

"Adakah ini penyakit ain? atau berlaku sebab orang terasa hati? Saya yang lihat depan mata baru faham tentang penyakit ain.

"Ia datang bukan kerana mulut orang, tapi kerana kesalahan sendiri. Apabila orang terasa hati, itu yang terjadi. Tapi semoga urusan mereka dipermudahkan," tulisnya lagi.

Artikel Lain