suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dituduh lalai gara-gara minat K-pop dan konsert, gadis ungkit hobi teman lelaki kaki RXZ - “Patutlah bujang sampai umur 40!”

Perbezaan pendapat kerap menjadi punca hubungan sering dilanda pertengkaran. -Gambar hiasan AI

SETIAP orang mempunyai minat dan cita rasa berbeza, namun perbezaan itu seharusnya dihormati terutama dalam sesebuah perhubungan.

Seorang gadis meluahkan rasa kecewa apabila hobi dan minatnya terhadap K-pop, anime serta menghadiri konsert dipersoalkan lelaki yang sedang dikenalinya.

Menurut gadis tersebut, lelaki berkenaan meminati dunia automotif seperti motosikal dan kereta.

Malah, individu itu juga baru sahaja menghadiri sebuah acara perhimpunan Yamaha RXZ.

Sebahagian individu sanggup berhabis demi kumpulan muzik yang diminati mereka. -Gambar hiasan AI

Sebahagian individu sanggup berhabis demi kumpulan muzik yang diminati mereka. -Gambar hiasan AI

"Dah tiga hari aku pendam. Aku dalam proses mengenali seorang lelaki ni. Dia minat motosikal, kereta jadi aku okay je sokong apa yang dia minat.

"Dia tanya aku minat apa, aku cakap la suka K-pop, anime dan pergi konsert... tapi dia bagi jawapan mengecewakan aku," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Motosikal RXZ boleh cecah RM1 juta? Ada sebab mengapa harga ‘keras’, hanya yang kenal ‘bare’ tahu menilai

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dihina ‘sampah jalanan’... Individu imbau detik cemas minyak kereta dah ‘E’, geng RXZ Members siap tolong buka laluan - “Mereka hambat rakan ke tepi”

Gadis itu mengakui terkejut apabila lelaki terbabit terang-terangan menunjukkan rasa tidak suka terhadap hobinya yang gemar ke konsert, atas alasan ia melibatkan pergaulan secara terbuka.

"Dia tak suka aku pergi konsert. Dia kata minat aku ni kepada benda hidup. Dia kata minat dia tak mengapa sebab bukan benda hidup iaitu motosikal dan kereta.

"Kami gaduh besar, dia kata aku jumpa lelaki lain. Habis dia pergi acara RXZ tu tak jumpa perempuan lain?," soalnya.

  • Gadis kecewa minat K-pop dan anime dipersoalkan.
  • Lelaki itu tidak suka dia menghadiri konsert.
  • Gadis persoal sikap lelaki yang menghadiri acara RXZ.
  • Dia menyifatkan lelaki itu tidak matang.
  • Netizen melabel lelaki berkenaan sebagai ‘red flag’.

Sikap dan pendirian lelaki itu akhirnya membuatkan dia mula terfikir punca sebenar mengapa lelaki yang jauh lebih tua daripadanya itu masih belum berteman.

"Patut la bujang, umur dah 40 tahun masih tak matang," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian warga maya yang berpendapat lelaki tersebut wajar menghormati minat gadis berkenaan memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang ikatan perhubungan.

"Red flag, minat dia kita boleh sokong tapi minat kita dia bising pula. Harap awak cari lelaki lain.

"Dia minat program yang membahayakan diri tu boleh pula ye. Elok la awak angkat kaki," komen netizen.

Artikel Lain