suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kena jeling masa bawa bayi masih ‘merah’ masuk kafe, wanita tampil cerita pengalaman sendiri... Orang luar tak tahu!

Segelintir wanita terpaksa menguruskan diri dan bayi sendiri sewaktu berpantang tanpa bantuan keluarga di sisi. -Gambar hiasan AI

MELIHAT bayi yang masih 'merah' dibawa keluar ke tempat awam sering mengundang pelbagai tanggapan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila anak kecil itu memerlukan penjagaan rapi.

Namun, tidak semua situasi yang dilihat dari luaran menggambarkan keadaan sebenar yang terpaksa dilalui oleh ibu bapa.

Melalui situasi sukar tersebut, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman selepas menyedari masih ada pihak yang gemar menghakimi golongan ibu yang membawa bayi baru lahir ke restoran mahupun kafe.

Menurutnya, tindakan tersebut bukannya dilakukan secara suka-suka atau kerana ibu bapa sengaja mengabaikan aspek keselamatan bayi.

Bayi yang baru lahir perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. -Gambar hiasan AI

Bayi yang baru lahir perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. -Gambar hiasan AI

Sebaliknya, ia berlaku disebabkan faktor peribadi dan kesulitan hidup yang tidak diketahui orang luar.

"Selepas ini janganlah mudah judge ibu berpantang yang bawa bayi baru lahir ke restoran atau kafe.

"Macam kes aku ni, berpantang sendiri tanpa keluarga yang tinggal bersama. Kemudian kena ulang-alik ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan bayi," luahnya di Thread.

Jelasnya, prosedur pemeriksaan di klinik yang kadangkala berlarutan sehingga tengah hari membuatkan para ibu mengambil kesempatan untuk singgah mengalas perut yang kelaparan.

  • Wanita minta orang ramai tidak cepat menghakimi ibu berpantang yang membawa bayi baru lahir ke restoran atau kafe.
  • Dia terpaksa keluar bersama bayi kerana perlu berulang-alik ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan susulan.
  • Tiada ahli keluarga tinggal bersama, menyebabkan dia menguruskan tempoh berpantang dan urusan bayi secara sendiri.
  • Pemeriksaan yang berlarutan hingga tengah hari menyebabkan dia singgah makan di restoran kerana belum sempat menjamah makanan.
  • Netizen setuju jangan mudah membuat andaian, namun menasihatkan ibu bapa memilih lokasi yang kurang sesak bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada bayi.

Susulan itu dia terpaksa singgah di restoran berdekatan bersama bayi yang masih kecil.

Pun begitu, dia menegaskan bahawa aspek pemakanan dan pantang tetap diamalkan meskipun berada di luar rumah.

"Habis pemeriksaan bayi pun dah tengah hari dan saya belum makan lagi, jadinya singgahlah ke restoran untuk mengalas perut.

"Cumanya tak pilih menu yang bukan-bukan, hanya ambil yang bersesuai saja," tambahnya lagi menjelaskan situasi yang dialami.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘burn out’ berpantang tanpa suami, ‘terbang’ ikut mak mentua pergi umrah - “Luka pembedahan aku ni sakit lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘anak mak’ suka berkepit dengan ibu! Isteri hamil usung perut tunggang motosikal pergi kerja, berpantang sendiri

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya bersetuju bahawa masyarakat tidak seharusnya terburu-buru membuat penilaian terhadap ibu bapa tanpa mengetahui situasi sebenar.

Menurut mereka, setiap keluarga mempunyai cabaran tersendiri, terutama dalam tempoh berpantang dan ketika menguruskan bayi yang memerlukan pemantauan kesihatan berterusan.

"Bukan nak menghakimi, cuma elakkanlah kedai yang terlalu ramai orang. Risau bayi terkena sebarang jangkitan sebab anak kalau terkena selesema pun boleh masuk wad.

"Saya pun masa dalam pantang pernah singgah kedai untuk makan sebab pergi periksa bayi sendirian lepas adik hantarkan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain