Sikap terlalu prihatin adakalanya boleh memakan diri jika dilakukan tanpa berwaspada. -Gambar hiasan AI
NIAT membantu individu yang berada dalam kesusahan sememangnya satu perbuatan terpuji, namun ada kalanya tindakan itu akhirnya memakan diri.Lebih berisiko apabila bantuan yang dihulur itu menggunakan akaun peribadi seperti membuat tempahan e-hailing untuk pihak lain. Begitulah yang dialami wanita ini selepas membantu seorang lelaki warga emas untuk mendapatkan perkhidmatan e-hailing.Menceritakan semula kejadian, wanita berkenaan mendakwa dia didatangi seorang lelaki separuh usia yang meminta tolong menempah teksi.Wanita ini dihubungi pihak syarikat e-haling bekenaan berhubung denda yang dikenakan.Rasa belas kasihan melihat keadaan warga emas itu membuatkan dia terus membantu tanpa berfikir panjang."Pada masa tu saya tengah buat closing, tiba-tiba pakcik ni datang minta tolong order Grab sebab dia tak ada telefon."Baju dia pun basah depan belakang, jadi kita tak sampai hati dan terus tolong," luahnya di Thread.Wanita itu yang tidak mengesyaki sebarang perkara buruk bagaimanapun terkejut apabila menerima notifikasi daripada pihak e-hailing mengenai denda sebanyak RM100 yang dikenakan ke atas akaunnya.Seorang wanita membantu lelaki warga emas menempah perkhidmatan e-hailing menggunakan akaun peribadinya.Dia bersimpati kerana lelaki itu tidak mempunyai telefon dan pakaiannya kelihatan basah.Wanita tersebut kemudian menerima notifikasi bahawa akaunnya dikenakan denda.Lelaki berkenaan dipercayai membuang air kecil di dalam kenderaan sepanjang perjalanan.Netizen menjadikan pengalaman itu sebagai peringatan agar lebih berhati-hati membuat tempahan untuk orang lain.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tak tahu pula pakcik tu kencing dalam kereta, terkejut tiba-tiba kena denda. Saya cuma tolong buat tempahan je," luahnya yang terkilan dengan situasi berlaku.Disebabkan insiden itu, dia tampil memberikan peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapannya."Anda pada masa akan datang kalau nak tempah e-hailing untuk orang lain, hati-hati ya... jangan jadi macam saya."Padahal niat kita nak tolong orang. Akhirnya kita pula kena denda disebabkan perbuatan orang lain," ujarnya menitipkan kata-kata nasihat.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bengang pemandu Grab tegur membazir naik e-hailing, rumah dekat dengan tempat kerja patut jalan kaki je!ARTIKEL BERKAITAN: Order Grab, suruh buat kerja bomba! Rider terkedu dapat kunci, 'ditugaskan' alih kereta dalam banjirPerkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan sesetengahnya turut mengakui pernah menjadi mangsa keadaan selepas membantu orang tidak dikenali."Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua untuk tidak buat tempahan bagi pihak orang lain."Aku pernah kena, sekali pakcik tu lari tak bayar dan akhirnya akaun aku kena banned permenantly."Terima kasih awak atas perkongsian ini. Saya pun jenis cepat kesian, kalau jumpa stranger saya mudah je percaya ceritanya," demikian reaksi netizen.