suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak perempuan luah rasa penat tanggung ibu bapa ‘berkampung’ di rumah... Alasan nak jaga cucu tapi habuk pun tak ada!

Segelintir individu tidak gemar tinggal bersama orang tuanya kerana mahukan privasi. -Gambar hiasan AI

TINGGAL bersama ibu bapa selepas berkahwin bukanlah perkara luar biasa dalam masyarakat kita, malah ada yang menganggapnya sebagai satu bentuk tanggungjawab terhadap keluarga.

Namun, situasi tersebut boleh menjadi cabaran apabila tempoh tinggal bersama menjadi terlalu lama sehingga menjejaskan privasi dan rutin harian pasangan suami isteri.

Seorang pengguna Threads meluahkan kebuntuannya apabila berdepan situasi ibu bapanya yang kerap datang dan tinggal di rumahnya untuk tempoh yang agak panjang.

Meluahkan ketidakselesaan yang dialami, wanita ini mengakui dia dan pasangannya mula berasa tertekan kerana perlu menyesuaikan banyak perkara termasuk kewangan sepanjang tempoh ibu bapanya berada di rumah mereka.

Terdapat orang tua yang ingin menjaga dan mengurus cucu mereka. -Gambar hiasan AI

Terdapat orang tua yang ingin menjaga dan mengurus cucu mereka. -Gambar hiasan AI

"Kurang privasi dan kita selalu kena belanja kalau keluar makan. Sejenis parents yang kemana-mana nak ikut walaupun ke klinik.

"Seminggu dua tu okay lagi tapi kalau lebih, letih juga sebab gaya cakap macam nak duduk lama lagi ni," luahnya di Thread.

Menurut pengadu, ibu bapanya sering memberi alasan mahu membantu menjaga cucu bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di rumah berkenaan.

Namun hakikatnya, mereka sendiri yang menguruskan anak-anak sebelum pergi bekerja.

  • Pengguna Threads luah rasa kurang selesa apabila ibu bapanya kerap tinggal di rumah mereka untuk tempoh yang agak lama.
  • Isu utama yang dibangkitkan ialah privasi dan kewangan, termasuk perlu kerap membelanja ibu bapa ketika keluar bersama.
  • Ibu bapa memberi alasan mahu membantu menjaga cucu, namun pengadu mendakwa mereka masih menguruskan sendiri anak-anak setiap hari.
  • Pengadu buntu untuk berterus terang kerana bimbang ibu bapanya akan terasa hati atau menganggapnya tidak menghargai mereka.
  • Netizen terbahagi kepada dua pandangan, ada yang memahami keperluan privasi pasangan berkahwin, manakala sebahagian lain menganggap ia peluang untuk berbakti kepada ibu bapa.

"Alasan nak jaga cucu padahal tak tolong sangat pun, saya dan suami juga kena uruskan anak-anak sebelum pergi kerja.

"Mereka cuma pergi ambil, itupun seminggu sekali je kami masuk pejabat. Apa yang buat saya susah hati, saya tak tahu macam mana nak cakap sebab takut mereka terasa," luahnya yang buntu dengan situasi tersebut.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memahami dilema dihadapi pasangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu, bapa mentua dan adik ipar pindah tinggal sebumbung... ‘Bolot’ ruang tamu, setiap hari nak makan makanan mahal

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak boleh lama di rumah mak ayah! Masuk hari ketiga dah mental koyak, buat baik pun tetap nampak salah

Tidak kurang juga yang menitipkan kata-kata nasihat dengan menyatakan ia adalah peluang untuk mereka berbakti kepada ibu bapa.

"Saya faham apa yang awak alami ni. Bukan masalah anak derhaka atau tak kenang budi, tapi apabila anak-anak dah kahwin dan ada keluarga sendiri, mak ayah sepatutnya faham yang anak pun perlukan masa untuk famili sendiri.

"Orang yang benar-benar tahu hikmah menjaga orang tua akan berebut-rebut nak suruh mak ayah mereka tinggal bersama.

"Tak rasa kasihan ke masa pandang muka parents tu? Tak terbalas jasa mereka membesarkan dan beri pendidikan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain