suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iman anak pak imam bertudung labuh runtuh di tangan abang! Pemuda terkejut jumpa bukti aktiviti asmaradana dalam ‘dashcam’

Ramai pemilik kenderaan memasang dashcam bagi merekodkan perjalanan serta untuk tujuan keselamatan. -Gambari hiasan AI

MEMINJAM kenderaan milik ahli keluarga sememangnya dianggap perkara biasa, sama ada bertujuan untuk urusan penting atau sekadar keluar bersama rakan.

Namun, seorang lelaki tidak menyangka kepercayaan yang diberikan kepada abang sendiri dibalas dengan kekecewaan selepas rakaman kamera papan pemuka (dashcam) pada keretanya membongkar sesuatu yang didakwanya langsung tidak dijangka.

"Aku saja-saja periksa rakaman dashcam kereta. Masa tengok rakaman tu, sumpah aku terkejut gila sebab aku nampak abang aku dengan awek dia buat benda yang tak sepatutnya dalam kereta aku.

"Aku memang langsung tak sangka. Sumpah rasa nak marah, kecewa, jijik... semua ada," tulisnya dalam hantaran di Threads.

Pasangan yang belum mempunyai ikatan halal perlu menjaga batas ikhtilat. -Gambar hiasan

Lebih mengecewakan, dia mendakwa abangnya sebelum itu meminjam kereta dengan alasan mahu keluar bersama rakan untuk mengubah suai pakaian.

"Yang paling aku terkilan, dia tipu aku. Dia cakap nak keluar dengan kawan dia, kononnya nak pergi alter baju, rupa-rupanya dia guna kereta aku untuk buat benda macam tu," luahnya.

Lelaki itu turut mengakui amat terkejut apabila mendapati perwatakan teman wanita abangnya itu ternyata bertentangan dengan imej yang ditampilkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ‘boyfriend material’ tapi terfikir nak putus, wanita terganggu sejarah hitam kekasih

ARTIKEL BERKAITAN: “Stay sebab dia handsome” - Kekasih pekerja p-hailing tiada SPM, wanita buntu ibu tak restu bimbang dapat cucu ‘bodoh’

"Aku dapat tahu awek dia tu anak pak imam dan bertudung labuh. Aku bukan nak menghukum sesiapa, tapi aku memang kecewa gila-gila dan tak sangka abang aku sanggup buat macam tu. 

"Aku rasa nak samak kereta aku, kau tahu tak!" luahnya lagi.

Perkongsian lelaki itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya memahami perasaan kecewa dialaminya selepas kepercayaannya dikhianati.

  • Seorang individu kecewa kerana abangnya mengkhianati kepercayaan yang diberikannya.
  • Abang individu tersebut meminjam keretanya dengan alasan mahu bertemu rakan.
  • Namun segala-galanya terbongkar selepas dia memeriksa rakaman 'dashcam'.
  • Rupa-rupanya abangnya keluar dengan tema wanita dan melakukan perkara tidak senonoh dalam keretanya.
  • Netizen menyarankan supaya individu berkenaan bersemuka dengan abangnya.

Malah, segelintir netizen turut menasihatinya supaya berbincang secara baik dengan abangnya bagi mengelakkan perkara sama berulang pada masa hadapan.

"Kalau saya dah pergi kedai basuh habis interior kereta dan suruh dia bayar.

"Senang je nak confront abang awak, tunjukkan je rakaman dashcam tu lepas tu suruh dia explain apa dia buat. Mana urat malu dan maruah diri," komen netizen.

Artikel Lain