suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda cari calon isteri suka ‘bare face’, anggap hanya perempuan hodoh perlukan mekap untuk nampak cantik

Proses bersolek yang mengambil masa lama kerap buat pasangan kurang selesa. -Gambar hiasan AI

SUDAH menjadi lumrah setiap wanita mahu kelihatan cantik, termasuk mengenakan solekan bagi meningkatkan keyakinan diri masing-masing. 

Namun, seorang pemuda mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kriteria wanita yang menjadi pilihannya untuk dijadikan calon isteri.

Menurut pemuda itu, dia lebih tertarik kepada wanita yang tidak bersolek atau hanya mengenakan solekan nipis kerana menganggap kecantikan semula jadi itu lebih menawan.

Wanita lebih yakin bila wajah mereka dalam keadaan bersolek. -Gambar hiasan AI

Wanita lebih yakin bila wajah mereka dalam keadaan bersolek. -Gambar hiasan AI

"Kalau bakal isteri aku jenis yang suka pakai mekap banyak-banyak... aku akan cuba terangkan kat dia yang mekap ni untuk orang hodoh yang nak nampak cantik.

"Awak dah cantik, kalau mekap banyak-banyak juga takut orang ingat bidadari pula. Agak-agak dia terima ke?," kongsi lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas tak berjaya buktikan murid perempuan pakai mekap, ustazah tergamak hambur kata-kata paling hina depan orang ramai!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita disindir rakan sekerja pakai mekap selepas solat, respon akak ‘cleaner’ buat hati berbunga

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang kecaman hebat dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mendakwa pemuda itu sebenarnya sekadar beralasan kerana kedekut dan enggan mengeluarkan modal membeli alat solek.

"Kadang perempuan pakai mekap sebab nak cover suami yang miskin dan kedekut macam kau. Biar dia kelihatan bersiap.

"Diamlah miskin. Sakit jiwa ke kalau tengok orang bersolek?," komen warga maya. 

  • Pemuda akui lebih suka wanita tanpa mekap tebal.
  • Kenyataannya mencetuskan kecaman netizen.
  • Ramai menyifatkannya sebagai kedekut.
  • Dia menegaskan hanya berkongsi cita rasa peribadi.
  • Pemuda berkata tetap akan belikan alat solek untuk isterinya.

Tampil mempertahankan diri, pemuda tersebut menjelaskan dia sekadar berkongsi cita rasa peribadi mengenai wanita idaman dan bukannya mahu menyekat kebebasan pasangan untuk bersolek.

Malah, dia menegaskan jika wanita itu sudah menjadi isterinya, sudah tentu dia akan memberikan wang untuk membeli keperluan termasuk alat solek.

"Aku cuma kongsi ciri-ciri wanita idaman aku je. Kalau dia dah jadi isteri aku, takkanlah aku tak bagi duit untuk dia beli alat solek. Ingat aku sengkek sangat ke," jelasnya.

Artikel Lain