Bukan mudah berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan yang kadangkala menguji kesabaran seseorang mekanik. -Gambar hiasan AI
BUKAN mudah mencari rezeki, terutamanya buat mereka yang bergantung sepenuhnya kepada hasil perkhidmatan dan bayaran pelanggan.Mendepani cabaran itu, seorang mekanik meluahkan rasa kecewa selepas terpaksa berdepan dengan helah pelanggan wanita yang cuba menawar harga servis kereta di luar batas kebiasaan.Menurutnya, pelanggan berkenaan berulang kali cuba berunding kos perkhidmatan menukar timing belt sehingga membuatkan dia berasa rimas dan terganggu.Mekanik bergantung sepenuhnya pendapatan daripada pelanggan. -Gambar hiasan AI "Apa punya manusia la perangai macam ni. Kau ibu tunggal ke... itu kau punya pasal, bukan masalah aku."Aku rasa dia pelanggan aku, sebab aku ada simpan nombor dia tapi tak tau apa motif sebenarnya dia buat macam ni," katanya.Mekanik itu berkongsi tangkap layer perbualan dengan pelanggan perempuan tersebut yang pada mulanya bertanya mengenai kos servis.Dia menjelaskan bahawa caj bagi set timing belt adalah RM480 termasuk kos upah pemasangan sebanyak RM280.ARTIKEL BERKAITAN: “Tak payah bayar, esok Allah tolong saya” - Abang mekanik menitis air mata dipeluk lelaki Cina dalam kesempitanARTIKEL BERKAITAN: Mekanik curang terima kifarah, kaki putus akibat kemalangan... Pernah kantoi ‘servis’ staf bengkel dalam stor!Bagaimanapun harga berkenaan tidak dipersetujui wanita terbabit."Mahalnya, tak apa la saya cari kedai lain. Banyak orang kata kedai awak mahal," kata pelanggan tersebut.Walaupun dikritik dengan harga mahal, mekanik itu masih membalas mesej wanita tersebut dengan baik. Namun tidak lama selepas itu, wanita yang sama sekali lagi menghubunginya untuk mendapatkan servis tersebut tetapi dengan kadar tawaran yang amat tidak masuk akal."Akak nak hantar kereta, RM200 la... akak ibu tunggal," pujuk wanita itu.Mekanik kecewa pelanggan guna pelbagai alasan untuk minta diskaun servis kereta.Pelanggan didakwa merayu, hantar swafoto demi dapatkan harga lebih murah.Mekanik kekal dengan harga RM250 walaupun dipujuk pelanggan.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Ramai memuji mekanik kerana kekal profesional dan bertegas dengan harga.Ringkasan ini dijana oleh AISebaik sahaja mekanik berkenaan bertegas bahawa harga terakhir yang boleh diberikan adalah RM250, wanita itu secara tiba-tiba menghantar gambar swafoto dari paras muka hingga ke dada tanpa bertudung.Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut cuba memancing perhatian dengan berjanji mahu mengajak lelaki itu keluar minum serta mula menggunakan panggilan manja."Nanti akak belanja air, tak mengapa la... nak merajuk. Boleh la sayang," kata wanita itu.Meskipun cuba dicairkan dengan pelbagai helah dan panggilan manja, mekanik berkenaan tetap berkeras mempertahankan harga RM250 yang ditawarkannya."Semoga Allah melindungi semua abang-abang pomen di seluruh Malaysia," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan itu mungkin salah satu kaedah yang digunakan pelanggan bagi mendapatkan harga murah."Jarang jumpa teknik bincang harga macam ni. Kenapa la dia hantar gambar selfie macam tu? Tu je nak tahu."Bersabar la abang, ini asam garam dalam berniaga," komen warga maya.