Perceraian menjadi jalan terakhir apabila rumah tangga tidak lagi mampu diselamatkan.. -Gambar hiasan AI
KEHADIRAN cahaya mata sepatutnya menjadi detik paling membahagiakan dan penguat kasih sayang bagi setiap pasangan suami isteri.Namun tekanan kewangan serta sikap tidak bertimbang rasa boleh meretakkan rumah tangga dalam sekelip mata seperti yang terpaksa ditelan oleh wanita ini. Lebih menyedihkan, sebaik sahaja tamat tempoh berpantang, dia terpaksa membuat keputusan besar dengan memfailkan perceraian secara 'fast track' demi melindungi emosi dan masa depan anaknya yang baru berusia 48 hari.Malah, dia terpaksa memandu sendirian ke mahkamah syariah sambil memangku bayinya demi menguruskan penceraian tersebut.Emosi wanita yang sedang berpantang perlu dijaga dengan sebaiknya. -Gambar hiasan AIMeluahkan penderitaan yang dialami, wanita yang enggan dikenali ini memberitahu bahawa kemelut rumah tangganya bermula apabila si suami kerap mengeluh tentang masalah kewangan.Lebih menyakitkan hati, dia dan bayinya pula dituduh menjadi punca wang gaji lelaki itu habis sehingga tidak dapat dihulurkan kepada ibu bapa di kampung."Suami cakap saya dan anak punca duit habis sampai tak dapat bagi parents. Sedangkan saya yang bayar makanan harian, barang dapur, keperluan kami, kereta dan penapis air."Dia hanya bayar rumah dan bil utiliti dengan baki gaji masih melebihi RM1,000," luahnya di Thread.Menurut wanita ini, lebihan gaji tersebut digunakan suaminya untuk kos perbelanjaan di pejabat serta hobi membeli barang kereta kawalan jauh.ARTIKEL BERKAITAN: Tak menyempat nak bersama skandal, lelaki cerai isteri dalam pantang... Terus cari si janda tua lepas lafaz talakARTIKEL BERKAITAN: Ibu suruh cerai isteri dalam pantang, suami tak sedar puncanya salah sendiri! Buat kesimpulan konon kena sihirMencari jalan keluar, dia cuba mendapatkan simpati dan nasihat daripada ibu mentuanya, namun jawapan yang diterima hanya menambah luka di hati."Mengadu dekat mak mentua, tapi akhirnya dia cakap... sejak kahwin dengan hang, anak aku miskin. Dulu kaya, hang sebagai isteri kenalah tolong suami. Padahal gelang dan cincin hantaran semua dah dijual, pergi check-up semasa hamil pun sendiri sebab suami tidur."Sepanjang cuti bersalin pula, 24 jam saya jaga anak seorang diri sampai jarang makan, nak mandi pun cuma sempat dua kali sehari," tambahnya mengimbau kehidupan bersama suami.Suasana rumah tangga menjadi semakin dingin apabila dia terpaksa meraikan sambutan Aidilfitri berasingan kerana keluarga mentua sentiasa mendahului segala-galanya.Malah kemuncak pergaduhan berlaku apabila si suami tergamak memecahkan barang di rumah hanya kerana dia tidak memberikan wang RM50 untuk perbelanjaan pulang ke kampung.Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai warga maya yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita berkenaan, selain mendoakan agar dia terus kuat membina kehidupan baharu bersama anaknya."Selepas ini dia dah tak ada lebihan RM1,000, lagi bertambah miskin dan kalau dia cari nak kembali semula, jangan cair sebab dia lahir dari kantung toksik."Tahniah awak, semoga hidup awak lebih bahagia, kuat dan gembira bersama anak," demikian reaksi netizen.