suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkahwinan impian wanita hancur, saudara ‘tolong‘ pilih tema! Bapa pula menekan-nekan suruh hormat keputusan orang tua

Campur tangan keluarga dalam urusan perancangan perkahwinan boleh menimbulkan salah faham dan mencetuskan konflik. -Gambar hiasan AI

SETIAP pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan majlis perkahwinan berlangsung seperti dirancang, termasuk soal pemilihan tema dan warna pada hari bahagia mereka.

Namun, tidak dinafikan ada kalanya wujud campur tangan ahli keluarga atau saudara-mara dalam urusan persiapan hingga menimbulkan salah faham dan mencetuskan konflik.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila keputusan dibuat bersama tunangnya berhubung tema warna majlis seolah-olah tidak dihormati oleh ahli keluarga sendiri.

"Aku ni tengah bertunang. Ujian dia berat sekali. Plan kahwin hujung tahun nanti. Dah cakap dengan family, tema tu nanti akan decide

"Nak dijadikan cerita, baru habis discuss dengan tunang aku lepas tengok dewan, tentang colour apa sesuai. Kami pilih, belah perempuan pink, belah lelaki hijau," tulisnya.

Kebanyakan keluarga gemar menetapkan warna tema bagi majlis perkahwinan agar kelihatan cantik berpakaian sedondon. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa salah seorang saudaranya bertindak membeli kain daripada warna berbeza untuk keluarga pihak perempuan tanpa berbincang terlebih dahulu dengannya.

"Kau tahu, ada orang dah pandai-pandai belikan baju tema warna biru untuk family perempuan tanpa berbincang apa-apa dengan aku. 

"Lebih teruk, bapak aku paksa terima sebab adik-beradik dia buat keputusan itu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ujian hari ke-44 perkahwinan.... Duda anak 3 rupanya miang, ‘kantoi’ rancak mesej wanita lain - “Dulu bersungguh nak dekat kita”

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu tergores hati sikap pilih bulu tuan rumah, bagi ‘doorgift’ pun ikut kasta

Apa mengecewakan, wanita itu mendakwa dia dianggap tidak menghormati orang tua apabila berkeras dengan pilihan sendiri dan mempertikaikan keputusan tersebut.

"Siapa yang gila buat keputusan semua benda ini tanpa beritahu pasangan itu sendiri? Lepas tu main hukum hakam, lawan cakap orang tua tu berdosa.

"Tak menghormati perasaan orang pun berdosa juga, kan?" luahnya.

  • Seorang wanita kecewa apabila tema warna majlis perkahwinannya dipilih tanpa pengetahuannya.
  • Sedangkan dia dan tunangnya telah memilih tema warna berbeza untuk dua belah keluarga.
  • Seorang saudara didakwa membeli kain berwarna biru untuk keluarga pihak perempuan tanpa berbincang dengannya.
  • Dia mendakwa bapanya memintanya menerima keputusan tersebut kerana menghormati ahli keluarga yang lebih tua.
  • Ramai netizen berpendapat pasangan pengantin berhak menentukan sendiri persiapan majlis mereka.

Di ruangan komen, perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan situasi dihadapinya.

Ramai berpendapat pasangan pengantin sepatutnya diberikan ruang untuk membuat keputusan mengenai persiapan majlis memandangkan mereka yang akan diraikan kelak.

"Kena firm, kita kawin hanya sekali. Kalau awak berlembut, benda ini akan bawa dalam kenangan sampai mati.

"Solusi dia, pergi lantak. Awak cakap je, this is my wedding.

"Suruh orang yang decide warna tu sponsor semua baju... sebok je!" demikian antara komen netizen.

Artikel Lain