suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejamnya pentadbir sekolah! Cikgu lewat 7 minit hadir aktiviti kokurikulum diminta beri surat tunjuk sebab

Menjadi seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut memikul pelbagai amanah dan tanggungjawab di luar bilik darjah. -Gambar hiasan AI

TANGGUNGJAWAB seorang guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas, malah mereka turut memikul pelbagai tugas sampingan termasuk aktiviti kokurikulum dan program sekolah yang adakalanya berlangsung pada hujung minggu.

Namun bagi sesetengah pendidik, tekanan bukan sahaja berpunca daripada bebanan tugas, tetapi juga disebabkan isu pengurusan tempat kerja yang dirasakan tidak bertimbang rasa.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang guru meluahkan rasa terkilan selepas diminta mengemukakan surat tunjuk sebab hanya kerana terlewat tujuh minit menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolahnya.

"Titik terendah seorang guru. Rasa terkilan. Lewat tujuh minit untuk aktiviti kokurikulum kerana kesesakan akibat kerja penyelenggaraan jalan. 

"Pentadbir minta surat tunjuk sebab. Peliknya... masa, tenaga dan komitmen yang diberikan pada hari biasa kemudian sambung pula Sabtu dan Ahad untuk melatih murid, tetap tak dipandang (dihargai)," luahnya.

Menjadi seorang pendidik memerlukan kesabaran, komitmen dan pengorbanan yang tinggi. -Gambar hiasan AI

Guru terbabit mengakui perkara berkenaan benar-benar menguji emosinya.

Mana tidaknya, segala pengorbanan dan komitmen tinggi yang dicurahkan selama ini seolah-olah dipadam begitu sahaja disebabkan satu kesilapan kecil di luar kawalannya.

"Saya jarang cuti dan 99 peratus hadir awal. Hari ini membuatkan saya sedar bahawa saya perlu lebih menjaga keseimbangan antara tanggungjawab kerja dan masa peribadi. No more weekend trainings!" tulisnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab... Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab!

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu junior menangis setiap hari, penat pikul beban kerja senior gred tinggi tapi buta IT! - “Saya kena urus semua sistem data murid”

Guru tersebut menambah, dia tidak hairan apabila ada antara pendidik yang mengambil tindakan drastik gara-gara mengalami tekanan hingga hilang minat untuk mengajar.

"Saya sudah berkecimpung dalam bidang ini selama 13 tahun dan tidak pernah sekali pun berdepan situasi seperti ini. 

"Ia satu penghinaan terhadap diri saya dan segala sumbangan yang saya berikan. Mereka sepatutnya hubungi untuk bertanya mengapa lewat... sedangkan saya hanya terlewat tujuh minit," akhirinya.

  • Seorang guru meluahkan rasa terkilan selepas diminta surat tunjuk sebab kerana lewat tujuh minit ke aktiviti kokurikulum.
  • Guru berkenaan berkata kelewatan berlaku akibat kesesakan jalan kerana kerja penyelenggaraan.
  • Dia kecewa apabila komitmennya selama berkhidmat seolah-olah tidak dihargai.
  • Berkecimpung 13 tahun dalam bidang pendidikan, dia menganggap kejadian itu satu penghinaan.
  • Netizen berharap kebajikan dan tekanan emosi guru lebih diberi perhatian.

Di ruangan komen, perkongsian itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan warga maya apabila ramai tampil berkongsi pandangan mengenai realiti cabaran yang dihadapi golongan pendidik.

Namun rata-ratanya berharap agar kebajikan serta emosi warga pendidik terus diberi perhatian.

"Aku bekas cikgu. Aku rela nampak bodoh supaya tak disuruh-suruh. Sekarang dah berhenti kerja.

"Dalam kerja, kita pegang satu benda je. Buat kerja ikut kemampuan. Orang nak judge ke, nak tekan ke, biarkan.

"Begitulah manusia. 99 kebaikan yang dibuat tak nampak tapi satu kesalahan itulah dia pandang," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain