suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bukan suruh masak pun” - Wanita sakit hati sikap berkira pengasuh, enggan tolong lenyekkan buah untuk anak

Sikap bertimbang rasa dan tolak ansur antara penjaga dan pengsuh dapat mengelakkan sebarang konflik. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa pastinya mengharapkan pengasuh menjaga anak mereka sebagaimana yang diamanahkan, selain mempunyai sikap bertimbang rasa apabila berdepan situasi tertentu melibatkan si kecil.

Namun bagi seorang wanita, harapan agar pengasuh anaknya dapat membantu melakukan satu pertolongan kecil bertukar menjadi rasa terkilan apabila permintaannya ditolak mentah-mentah.

Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita itu berkata dia hanya meminta bantuan pengasuh untuk melenyek dan menyuap buah kepada anak kecilnya kerana kanak-kanak tersebut mengalami sembelit. 

Kebanyakan ibu bapa menghantar anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja. -Gambar hiasan

"Patut tak aku terasa hati dengan pengasuh? Anak sembelit, tapi aku tak sempat belikan buah malam tu. 

"Esok paginya suami hantarkan anak, jadinya dia (suami) terus beli buah dan bagi kepada pengasuh... minta pengasuh bagi anak makan. Aku minta dia (pengasuh) lenyekkan buah tu," kongsinya.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka bantuan kecil sedemikian ditolak oleh pengasuh atas alasan dirinya tidak bertanggungjawab untuk sebarang penyediaan makanan buat anak asuhan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh berhenti kerja nak jaga mentua hanya ‘wayang’, rupanya sakan cari ‘anak baru’ di media sosial... Wanita rasa dikhianati

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat dia jaga anak kau baik sangat?” - Terdengar amaran keras suami pengasuh, wanita nekad ambil EL... Tak jadi tinggal si kecil

"Dia cakap dia tak buat penyediaan makanan anak. Semua makanan dibuat dari rumah. Allahu sakitnya hati. Terus aku ambil anak bawa balik. Susah sangat ke nak lenyekkan buah. Bukan suruh masak pun," kongsinya.

Tambah wanita itu, apa membuatkan dia lebih terkilan ialah sikapnya yang tidak pernah berkira soal bayaran kepada pengasuh, namun perkara itu langsung tidak dihargai.  

"Kalau ikut nak berkira, waktu cuti sekolah seminggu, tak hantar anak pergi rumah pengasuh pun tapi tetap bayar penuh sebulan," ceritanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memberikan pandangan berbeza mengenai situasi berkenaan.

  • Seorang wanita terkilan apabila pengasuh enggan melakukan pertolongan kecil untuknya. 
  • Wanita itu meminta pengasuh membantu melenyek buah untuk anaknya yang sembelit dan buah dibeli oleh suaminya.
  • Namun pengasuh menolak dengan alasan tidak menyediakan makanan untuk anak asuhan.
  • Wanita itu terkilan kerana dia tidak pernah berkira soal bayaran pengasuh tetapi perkara itu tak dihargai.
  • Netizen memberikan pandangan berbeza mengenai dengan ada yang bersetuju dengannya, namun ada yang mengecam pengasuh.

Sebahagian berpendapat pengasuh berhak menetapkan had tugas berdasarkan persetujuan yang telah dibuat bersama ibu bapa sejak awal, termasuk soal penyediaan makanan.

Bagaimanapun, ada juga beranggapan permintaan wanita itu tidak keterlaluan dan pengasuh wajar bertimbang rasa apatah lagi melibatkan kesihatan anak asuhan.

"Berkiranya pengasuh tu... saya siap beli buah sendiri bagi budak-budak.

"Saya babysitter dan memang tak provide makanan. Tapi hal kecil macam ini, boleh je buatkan," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain