Ramai ibu yang bekerjaya berdepan dilema apabila terpaksa meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh. -Gambar hiasan AI
KEPERCAYAAN ibu bapa terhadap pengasuh menjadi antara perkara paling penting apabila anak-anak ditinggalkan di bawah jagaan orang lain ketika mereka keluar bekerja.Namun bagi seorang wanita, satu kejadian yang berlaku di depan matanya sendiri ketika menghantar anak ke rumah pengasuh membuatkan dia kini berdepan dilema dan sukar membuat keputusan. Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita itu berkata kejadian berkenaan berlaku pada waktu pagi ketika dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh sebelum masuk bekerja seperti biasa."Dah sampai macam biasa tunggu dia (pengasuh) keluar ambil dekat kereta. Sekali dengar suara lelaki marah-marah. Aku ignore sebab ingat jiran ke gaduh. "Sebab tunggu lama, aku buka tingkap nak tengok pengasuh dah keluar ke belum," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Babysitter’ rasa tak berbaloi dibayar RM100 sehari jaga anak klien pergi haji, penat mental dilayan macam orang gajiARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh berhenti kerja mengejut, ‘koyak’ lepas ditegur tak minta izin bawa anak asuhan keluar berayaMenurut wanita itu, dia kemudian terdengar beberapa kata-kata yang membuatkan dirinya terkejut kerana percaya ia ditujukan kepadanya."Dengar lelaki itu cakap... senanglah kau hantar anak, lepas itu pergi kerja. Balik ambil lambat. Senang kerja kau kan? Ingat dia jaga anak kau baik sangat ke? Pergi balik!"Dan banyak lagi kata-kata yang aku pun dah lupa. Aku terkejut. Aku dah tak best. Aku tahu dia cakap dekat aku. Itu suami pengasuh," katanya.Tidak lama kemudian, pengasuh keluar untuk mengambil anaknya seperti biasa.Kepercayaan ibu bapa terhadap pengasuh boleh terjejas apabila timbul perkara atau berdepan pengalaman yang kurang menyenangkan. -Gambar hiasanNamun selepas mendengar kata-kata tersebut, dia mengakui berasa tidak sedap hati untuk meninggalkan anaknya di rumah pengasuh berkenaan. "Aku cakap, tak apa hari ni tak hantar kot. Dia merayu nak ambil tapi aku insist tak bagi. Jadi dia mengalah. Jadi, hari ini aku EL (cuti kecemasan)," ujarnya. Menurutnya, dia memahami setiap pasangan suami isteri pasti mempunyai masalah dan berselisih faham adalah perkara yang normal.Namun apa mengganggu fikirannya adalah kata-kata dilontarkan lelaki tersebut sehingga menimbulkan persoalan mengenai keadaan sebenar di rumah pengasuh berkenaan.Seorang wanita dilema selepas terdengar suami pengasuh mengamuk ketika menghantar anak ke rumah pengasuh.Pada mulanya dia menyangka suara lelaki yang menjerit itu datang daripada jiran yang sedang bergaduh.Namun, dia terkejut apabila mendengar lelaki berkenaan mengeluarkan kata-kata yang ditujukan kepadanya.Dia batalkan hasrat meninggalkan anaknya di situ dan mengambil cuti kecemasan (EL).Rata-rata netizen menasihatkannya supaya mencari pengasuh lain kerana bimbang keselamatan dan kebajikan anaknya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Gaduh laki bini silakan tapi kalau sampai cakap macam tu tak baiklah. Lagi pun, aku pun tak pernah gaduh depan anak. Aduhai pening kepala," luahnya lagi.Di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan wanita berkenaan supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk terus menghantar anaknya ke rumah pengasuh tersebut kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku kemudian hari."Macam seram je laki pengasuh tu. Kenapa dia nak marah pula. Bini dia kan memang kena upah. Takut dia buat apa-apa je dekat anak sis."Tuhan dah tunjukkan dekat awak sis. Tak payah dah la hantar situ."Kalau saya memang tak hantar dah, cari pengasuh lain. Bukan kita hantar free, berbayar kot," demikian antara komen netizen.