suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar serba salah minta duit minyak, hantar rakan ke kelas setiap hari... Bimbang dituduh berkira bayar RM60 sebulan

Adab menumpang kereta penting bagi mengelakkan pelbagai konflik. -Gambar hiasan AI

KOS sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai pelajar terpaksa berjimat cermat termasuk dalam urusan pengangkutan harian.

Seorang pelajar meluahkan rasa serba salah selepas mengenakan caj RM60 sebulan kepada dua rakan serumah yang menumpang keretanya ke kolej.

"Saya bawa kereta pergi kelas dan rakan serumah yang juga merupakan rakan sekelas tumpang pergi kelas. Jarak dari rumah ke kolej dalam 10 minit.

Semua orang perlu lebih bertimbang rasa sekiranya menumpang kereta orang lain. -Gambar hiasan

"Saya cuma minta RM60 setiap bulan untuk isi minyak kereta. Kalau mereka ajak pergi mana-mana perlu ke saya caj duit minyak?" luahnya dalam perkongsian tersebut.

Jelasnya lagi, jumlah RM120 diterima setipa bulan sebenarnya masih tidak mencukupi menampung kos petrol malah dia sendiri turut mengeluarkan bajet sendiri.

Itu tidak termasuk kos penyelenggaraan dan servis kenderaan yang ditanggung sendiri dan tidak meminta duit daripada dua rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyampah tumpangkan pasangan baru kahwin... Tidur dalam kereta pun nak berpangku - “Borak macam tengah stim, bodoh!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa mak ayah aku tak bagi?” - Gadis cemburu tengok kawan dapat kereta dan tanah lot, tak perlu kerja keras untuk hidup mewah

"Saya tidak mahu mereka anggap kereta itu mereka boleh gunakan untuk pergi ke mana sahaja sebab kos servis kereta pun mereka bayar juga," jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berpendapat RM60 sebulan adalah munasabah dan kos tambahan wajar dikenakan sekiranya melibatkan perjalanan lain. 

"Kalau mereka ajak pergi tempat lain atau minta hantar ke destinasi lain, memang kena caj berasingan. Jangan bagi muka nanti lama-lama mereka naik 'lemak' gunakan awak.

  • Pelajar minta RM60 sebulan untuk duit minyak ke kolej.
  • Dia buntu sama ada perlu caj perjalanan tambahan.
  • Wang dikutip masih belum cukup tampung kos petrol.
  • Netizen anggap RM60 sebulan munasabah.
  • Ramai nasihat jangan biar diri diambil kesempatan.

"Kalau saya, beritahu awal-awal okey boleh je nak pergi sana sini nanti kita bayar RM20 sorang. Kalau mereka setuju baru pergi. Kalau tidak, tak perlu jadi people pleaser (berusaha memenuhi kehendak orang lain).

"Macam ini, kau setiap kali nak isi minyak, minta duit dekat kawan. Pastikan kawan ada juga.

"Contoh nak isi RM30, bahagi la dengan kawan semua (sama rata)," komen beberapa netizen pada hantaran asal.

Artikel Lain