suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Balas mesej macam sembang dengan kawan, pekerja Gen Z terkedu dimarahi bos generasi ‘dinosaur’

Setiap pekerja perlu menunjukkan rasa hormat kepada majikan. -Gambar hiasan AI

DENGAN jarak usia yang jauh berbeza, sudah tentu golongan Gen Z dan milenial memiliki corak pemikiran berbeza.

Malah, perbezaan itu juga dapat dilihat dengan ketara dalam budaya kerja hari ini apabila golongan muda dilihat lebih santai berbanding generasi senior.

Menurut seorang gadis, dia juga pernah ditegur oleh majikannya kerana menggunakan bahasa santai dalam perbualan mesej antara mereka.

Segelintir golongan senior tidak suka dengan perangai gen Z yang dilihat kurang serius dalam dunia pekerjaan. -Gambar hiasan AI

"Weh, kita ni Gen Z. Bos cuti semalam, tapi dia ada WhatsApp aku minta tolong untuk buat sesuatu.

"Jadi aku reply 'okiess' yang merujuk kepada perkataan okey. Hari ini dia masuk pejabat marah aku.

"Dia kata lain kali balas perkataan okey. Dia kata ini kerja, bukan tempat bergurau dengan kawan," luahnya.

  • Seorang gadis tular selepas kongsi kisah majikannya di Thread.
  • Dia mendakwa ditegur oleh majikannya gara-gara satu perkataan.
  • Dia berkata majikannya itu daripada golongan 'dinosaur' atau tua.
  • Ramai netizen tegur gadis itu agar menjaga batas di tempat kerja.

Dalam hantaran di Threads itu, dia turut menggelarkan majikannya sebagai generasi 'dinosaur' yang merujuk kepada golongan lebih berusia.

Di ruangan komen, netizen berpendapat gadis itu sepatutnya mengekalkan sikap profesional ketika berkomunikasi dengan majikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Gen Z ‘hilang’ lepas sebulan kerja, senior risau jika tiba-tiba jatuh sakit... Status WhatsApp bongkar segalanya

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu aku tak boleh janji” - Pekerja Gen Z ‘naik tocang’, kurang ajar ditegur jangan masuk kerja lambat

"Mungkin dia takut isteri fikir dia bermanja dengan pekerja. Jadi lebih baik balas mesej secara profesional je.

"Dia bukan kawan, dia bos. Jadi, awak kena tahu batas di tempat kerja, tak kisah generasi apa pun.

"Kalau melibatkan hal pekerja, tolonglah kekalkan sikap profesional," pesan beberapa individu kepada gadis itu.

Artikel Lain