suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sengaja buat pekak, wanita nekad ‘pangkah’ kawan hamil asyik mengadu lapar... Tahu sangat taktik nak makan percuma!

Segelintir wanita hamil mempunyai alahan dan sering memerlukan bantuan rakan pejabat. -Gambar hiasan AI

TIDAK dinafikan, wanita hamil sering menerima bantuan dan layanan istimewa daripada orang sekeliling sebagai tanda prihatin terhadap keadaan mereka.

Sikap ambil berat tersebut bagaimanapun sering disalah gunakan oleh segelintir individu apabila ada yang tanpa segan silu mengharapkan bantuan daripada orang lain.

Begitulah situasi yang berlaku terhadap wanita ini selepas rakan pejabatnya yang sedang hamil sering meminta dia membelikan makanan.

Dia bagaimanapun mengakui sering menolak permintaan untuk berbuat demikian.

Wanita hamil perlu dijaga dengan sebaiknya dan tidak boleh mengalami tekanan perasaan. -Gambar hiasan AI.jpg

Wanita hamil perlu dijaga dengan sebaiknya dan tidak boleh mengalami tekanan perasaan. -Gambar hiasan AI.jpg

"Saya tahu saya jahat apabila kawan yang sedang hamil beritahu dia lapar. Dua kali dia cakap lapar tapi saya tetap tak belanja dia makan. Saya hanya bungkuskan untuk diri sendiri sahaja," luahnya di Thread.

Bagi wanita itu, permintaan untuk belanja makanan bukan menjadi tanggungjawabnya meskipun prihatin dengan keadaan rakan yang sedang hamil.

Malah dia menegaskan bahawa, menyediakan keperluan makanan sepatutnya menjadi tanggungjawab suami rakannya sendiri.

  • Wanita dakwa rakan pejabat yang hamil kerap meminta dia membelikan makanan.
  • Pengadu mengakui sering menolak permintaan tersebut.
  • Baginya, menyediakan makanan adalah tanggungjawab individu dan suaminya, bukan rakan sekerja.
  • Dia tetap sanggup membantu jika berlaku kecemasan atau rakannya benar-benar memerlukan bantuan.
  • Netizen berbelah bahagi, ada yang menyokong pendiriannya dan ada yang beranggapan membantu wanita hamil sekali-sekala tidak salah.

"Itu tanggungjawab awak dan suami, bukannya saya. Rupanya dia ada je duit untuk beli makanan sendiri.

"Saya perasan pattern ni sejak dia bujang lagi," tambahnya sambil menyatakan kehamilan bukan bermakna seseorang itu berhak menerima layanan istimewa.

Bagaimanapun, pengadu menjelaskan bahawa dia tetap akan menghulurkan bantuan jika rakannya berada dalam keadaan kecemasan seperti pitam, tidak mampu bergerak atau benar-benar memerlukan pertolongan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sarat hamil menangis ditinggalkan suami ketika mall dah nak tutup, akhirnya cerita sikap sebenar pasangan

ARTIKEL BERKAITAN: “Alah, pregnant je pun!” – Ibu hamil terkilan disindir, pelanggan ‘bising’ tak puas hati pekerja restoran bagi potong baris

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya dengan ada yang bersetuju bahawa setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap kehidupan sendiri.

Namun tidak kurang juga berpendapat membantu rakan membelikan makanan tidak salah, lebih-lebih lagi melibatkan wanita sedang mengandung serta berdepan pelbagai cabaran fizikal sepanjang tempoh tersebut.

"Saya rasa kawan awak cakap lapar tu sebab memang dia lapar dan bukan minta belanja, mungkin dia nak ajak makan.

"Orang hamil ni kalau orang belanja kita anggap rezeki tapi bukanlah sampai mengharapkan orang belanja," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain