TIDAK dinafikan, mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi serta kerjasama erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Walaupun tingkah laku luar jangkaan sering berlaku disebabkan keadaan anak-anak istimewa ini, hakikatnya cabaran sebenar yang dihadapi para guru selalunya bukan datang daripada murid itu sendiri. Sebaliknya ia berpunca daripada sikap segelintir ibu bapa yang masih enggan menerima hakikat mengenai keperluan sebenar anak mereka.Begitulah luahan seorang guru wanita yang berkongsi pengalaman pahit yang sukar dilupakannya apabila dia ditumbuk oleh seorang murid istimewa ketika sedang hamil lima bulan.Murid berkeperluan khas memerlukan perhatian, sokongan dan bimbingan yang bersesuaian untuk memastikan perkembangan mereka secara optimum. -Gambar hiasan AI"Kena tumbuk di perut masa mengandung lima bulan oleh seorang murid istimewa walaupun dah beritahu ibu bapanya yang anak tak sesuai (ditempatkan) di (kelas) arus perdana," ujarnya dalam satu perkongsian di Threads.Lebih mengecewakan, ibu bapa kepada murid berkenaan hanya datang memohon maaf selepas dia terpaksa mengambil tindakan undang-undang."Kita keluar LOD (surat tuntutan) dan cover police report baru sibuk nak cari minta maaf," kongsinya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak boleh terima cikgu prasekolah cadang anak 5 tahun masuk kelas PPKI, puncanya tak kenal ABC - “Doktor sahkan dia normal”ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu dakwa anak murid kerap meragam, membesar jadi budak bermasalah gara-gara maksud nama terlalu ‘berat’Tidak berhenti di situ, dia turut berkongsi satu kejadian lain melibatkan murid istimewa, yang menurutnya menggambarkan sikap ibu bapa yang enggan mengakui kesilapan anak sendiri. "Parents buat polis report katanya cikgu buli mental anak kerana pilih kasih, sebab anaknya terajang belakang kawan, direct dekat spine siap ada kesan tapak kaki. "Yang buat laporan adalah parents (murid) yang menendang, bukan yang ditendang," dedahnya.Seorang guru wanita berkongsi pengalaman tak dilupakan apabila perutnya ditumbuk murid istimewa.Ketika itu dia hamil lima bulan.Murid tersebut ditempatkan di kelas arus perdana biarpun guru sudah beritahu ibu bapa bahawa anak mereka lebih sesuai di kelas PPKI.Ibu bapa hanya mohon maaf selepas dia ambil tindakan undang-undang.Netizen simpati dengan nasib guru yang terpaksa berdepan sikap segelintir ibu bapa tak bertanggungjawab.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib guru, selain menyifatkan kerjasama dan keterbukaan ibu bapa amat penting bagi memastikan kebajikan semua murid di sekolah terus terpelihara."Ramai mak ayah macam ni. Ada yang dah pergi jumpa doktor dan hasil menunjukkan anak mereka kena ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Tapi mereka tak terima, cikgu kelas perdana yang kena hadap. "Rupanya memang ada parents enabler begini. Inilah yang akan melahirkan generasi tak cerdik."Ada mak yang dalam denial anak dia perlukan kad orang kelainan upaya (OKU)," demikian antara komen netizen.