suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Air mata nasi goreng Pattaya... Wanita menangis masakan tidak dihargai, suami mengamuk sebab ambil gambar - “Nak makan pun tak senang!”

Seorang suami sepatutnya bijak menghargai isteri masing-masing. -Gambar hiasan AI

HARAPAN seorang wanita untuk menerima pujian daripada suami tidak kesampaian sebaliknya ia bertukar tangisan apabila dia dimarahi hanya kerana mengambil gambar hidangan nasi goreng Pattaya yang dimasaknya buat kali pertama.

Menurut wanita itu, dia sekadar mahu mengabadikan hasil air tangannya sebelum dihidangkan kepada suami kerana berasa bangga akhirnya berjaya menyediakan menu berkenaan.

"Aku belajar masak nasi goreng Pattaya untuk suami. Aku buat menjadi, seronok la. Kemudian aku nak hargai diri, aku nak tangkap gambar sebab pertama kali buat terus jadi.

Kebanyakan isteri mengharapkan pujian pasangan setiap kali selesai memasak. -Gambar hiasan AI

"Nak tunggu laki aku hargai memang lambat la. Lepas tu boleh pula dia marah aku... katanya nak makan pun tak senang.

"Padahal aku ambil gambar sekejap je. Terus aku menangis masuk bilik sebab yang aku harapkan dia puji aku. Dia tak nampak pun usaha aku," ujarnya meluahkan rasa terkilan.

Katanya lagi, pengalaman pahit itu membuatkan dia percaya bahawa mencari pasangan sekufu bukan sekadar daripada aspek latar belakang, malah cara menghargai antara satu sama lain juga memainkan peranan penting.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil lauk ala kadar di ‘mamak’, pemandu Grab tak selesa hamba Allah belanja makan besar! Risau diri dijadikan ‘content’

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah ambil gambar makanan sebelum jamah, wanita terkejut siput kecil merayap celah daun salad! Daripada lapar terus rasa kenyang

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meminta wanita berkenaan supaya tidak terlalu mengharapkan penghargaan daripada suami.

"Lepas ni awak masak je apa yang awak nak makan. Kalau dia suruh awak masak sesuatu, minta upah baju atau kasut baharu.

"Saya pun jenis apabila sudah siap masak, akan ambil gambar. Saya perasan suami tengok je tak cakap apa-apa. Memang dia tak pernah komen apa-apa.

"Saya pun tak nak buruk sangka apa yang dia fikir. Tapi selagi dia tak tegur apa-apa, saya okey je. Nak tunggu pujian, memang tak la. Dia makan bertambah-tambah tu, saya faham la. Kami sudah 24 tahun kahwin," komen sesetengah netizen.

  • Wanita dimarahi suami ketika mengambil gambar nasi goreng Pattaya yang dimasaknya.
  • Dia kecewa apabila usaha dan masakannya tidak dihargai.
  • Wanita itu mengharapkan pujian daripada suami, namun sebaliknya dimarahi.
  • Ramai netizen berkongsi pengalaman serupa dan memberi kata-kata semangat.
  • Dia percaya sikap suaminya dipengaruhi cara didikan keluarga.

"Ada masa kita kena masak apa yang kita sendiri suka. Kalau dia minta masak, minta 'upah' baju baharu atau kasut baharu pula.

Menjelaskan keadaan sebenar, wanita itu berkata sikap suaminya mungkin dipengaruhi cara dia dibesarkan dalam keluarga yang jarang menghargai usaha orang lain.

"Di rumah mentua, kalau ada yang masak mereka tak pernah cakap sedap (puji), sebaliknya lebih banyak mengkritik. Berbeza dengan keluarga saya yang sentiasa menghargai satu sama lain.

"Bermula hari ini saya dah tak nak terlalu beria-ia. Saya akan layan dia sebagaimana dia layan saya. Tak perlu lebih," katanya membalas salah satu komen netizen.

Artikel Lain