suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luluh hati tengok bayi kena bahang matahari, wanita bagi ‘carrier’ dan payung... Ajak naik kereta suami isteri tolak sebab malu

Membantu individu yang dalam kesusahan dan kesulitan amatlah dituntut. -Gambar hiasan AI

KISAH keprihatinan seorang wanita membantu pasangan suami isteri sedang berjalan kaki bersama bayi ketika cuaca panas terik mengundang rasa sebak dalam kalangan warga maya.

Mana tidaknya, bayi tersebut hanya dilindungi dengan kain napkin bagi melindunginya daripada sinaran matahari.

Berkongsi cerita, ujar wanita ini, kelibat keluarga tersebut dilihat semasa dia dalam perjalanan untuk menghantar anaknya ke sekolah sesi petang.

"Ada nampak pasangan ini jalan tengah panas, suaminya pegang bayi sambil cover dengan napkin sebab kena panas.

Doa merupakan senjata orang mukmin. -Gambar hiasan AI

Doa merupakan senjata orang mukmin. -Gambar hiasan AI

"Isteri dia pula jalan perlahan di belakang, mungkin baru bersalin sebab memang ada KK (klinik kesihatan) berhampiran.

"Jadi tanpa fikir panjang, saya buat u-turn, padahal patut hantar anak ke sekolah sesi petang," kongsinya di Threads.

Dia kemudiannya memberhentikan kenderaan dan menawarkan untuk menumpangkan keluarga kecil itu ke destinasi mereka.

Namun tindakannya itu ditolak oleh si isteri dengan alasan rumah mereka terletak di kawasan berhampiran dan telah biasa berjalan kaki.

  • Wanita nampak pasangan suami isteri berjalan kaki bersama bayi ketika cuaca panas.
  • Dia menawarkan tumpangan, namun ditolak kerana rumah mereka dekat.
  • Wanita itu kemudian memberi carrier dan payung untuk kegunaan pasangan tersebut.
  • Pasangan berkenaan meminta doa sebagai tanda penghargaan.
  • Mereka terus mendoakan wanita itu di situ, sekali gus menyentuh hati ramai netizen.

Beranggapan penolakan tersebut disebabkan mereka berasa malu, wanita ini kemudiannya menghulurkan bantuan lanjut bagi memudahkan urusan pasangan tersebut.

"Jadi, saya terus ke boot dan keluarkan satu baby carrier serta payung besar sambil cakap kesian pada bayi panas.

"Saya tolong pakaikan pada suami dia dan mereka ucapkan terima kasih sambil tanya apa yang boleh didoakan," ujarnya mengimbau peristiwa yang berlaku pada Selasa.

Mengakui tersentuh hati dengan cara pasangan terbabit menghargai pemberiannya, wanita ini kemudiannya meminta agar mereka mendoakan dirinya serta anak-anak dijauhkan daripada perkara buruk dan urusan masuk syurga dipermudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk ‘showroom’ pakai selipar jamban, wanita ini terkejut dilayan macam VIP... Paling tersentuh doa SA semasa serah kenderaan

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih setahun ibu koma, kakak sebak jumpa nota coretan adik bongsu.... rindu nak dengar suara - "Hanya harapkan keajaiban"

Lebih mengharukan apabila dia menyaksikan pasangan suami isteri itu terus menadah tangan dan mendoakannya sebelum mereka berpisah. 

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang memuji keikhlasan wanita berkenaan kerana membantu tanpa mengharapkan balasan.

"Kalau aku buat baik dan orang mendoakan on the spot, mesti berair mata aku.

"Sedihnya dengar tapi macam tulah, yang susah begini memang setiap tahun beranak," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain