RUMAH tangga dibina atas dasar kasih sayang dan kepercayaan juga tidak lekang daripada ujian 'orang ketiga'.Lebih menyakitkan, apabila si isteri masih cuba mempertahankan perkahwinan demi anak-anak meskipun terpaksa berhadapan dengan kecurangan suami seperti dilalui wanita ini. Berkongsi situasi dialami, ujarnya, dia sentiasa menitipkan doa supaya keluarga kecilnya bahagia dan dihindari daripada gangguan orang ketiga.Namun malangnya, di saat dia memuat naik hantaran memaparkan gambar keluarga bersama titipan doa, tular video suaminya sedang merayu-rayu pada seorang wanita.Ada individu yang sanggup berlaku curang dan menduakan pasangan. -Gambar hiasan AI"Titik terendah aku sebagai isteri, post gambar keluarga kecil di media sosial dengan doa minta suami dijauhkan daripada penyondol."Hari dan masa yang sama, lokasi berbeza, suami pergi merayu dekat seorang perempuan dan minta diberi peluang serta dimaafkan," luahnya di Threads.Menurutnya, video tersebut memaparkan 'drama' suaminya di ruang parkir tempat kerja wanita berkenaan.Hantaran tular itu membuatkan dia cuba menghubungi individu tersebut namun malangnya dirinya telah disekat sehingga memerlukan bantuan rakan lain.Wanita luah kecewa selepas mengetahui suaminya merayu seorang wanita lain ketika dia mendoakan kebahagiaan keluarga.Video tular memaparkan suaminya meminta peluang dan kemaafan daripada wanita berkenaan.Pengadu mendakwa kejadian berlaku di parkir tempat kerja wanita tersebut.Dia cuba menghubungi wanita itu tetapi telah disekat dan terpaksa menggunakan orang tengah.Netizen bersimpati serta menasihatinya supaya mengutamakan diri sendiri dan anak-anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Perempuan tu block aku sebab tak nak semak, tapi terpaksa cari orang tengah sebab dah tak tahan suami aku buat drama di parkir kereta tempat kerja dia."Aku yang baca ini rasa nak sorok muka dalam guni, suami orang lain pun menggatal tapi tak adalah sampai memalukan isteri tahap macam ni," tambahnya sayu.Mengakui malu dengan insiden yang berlaku itu, dia bagaimanapun menzahirkan rasa syukur apabila mendapati wanita berkenaan tidak mahu meneruskan hubungan dengan suaminya.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak senang duduk, syak suami curang sebab tiba-tiba ‘clean shave’... Beri jawapan 'selamat' bila ditanyaARTIKEL BERKAITAN: Suami dan penyondol kantoi bercuti di pulau sama dengan isteri, siap bawa familli kekasih! Wanita terus fail cerai walau sedang hamilPerkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang bersimpati dengan nasib wanita itu selain menasihatinya agar memberi tumpuan kepada diri sendiri dan anak-anak berbanding terus menyalahkan wanita lain semata-mata."Kalau aku tak teringin langsung nak upload gambar keluarga lepas suami buat perangai sebab memalukan."Kalau dah tahap merayu tu memang teruk dah dia punya angau."Tu bukan titik terendah sis tapi percayalah... mungkin itu pertolongan Allah untuk jauhkan sis dari luka yang lebih dalam," demikian reaksi netizen.