suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kau tak reti nak bangun balas mesej?” - Waris hamun cikgu, geram tak respons hantaran WhatsApp pukul 4 pagi!

Tidak semua orang mampu memberi respons terhadap mesej dihantar pada awal pagi. -Gambar hiasan AI

HANTARAN individu bagi meluahkan rasa berang gara-gara mesej di aplikasi WhatsApp yang dihantar seawal pukul 4 hingga 5 pagi kepada seorang guru namun tidak dibalas mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan secara terbuka mempersoalkan tindakan guru terbabit yang didakwa langsung tidak memberi maklum balas, walaupun mesej itu dihantar pada waktu awal pagi.

Malah, dia turut mengugut untuk membuat aduan kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) kerana beranggapan tugas guru tidaklah sesukar mana.

"Aku tak faham la cikgu ni. Kalau dah orang WhatsApp pukul 4 atau 5 pagi tu, maksudnya penting la tu. Kau tak reti ke nak bangun dan balas mesej?

Ibu bapa perlu tahu menghormati masa guru yang mengajar anaknya di sekolah. -Gambar hiasan AI

"Kerja sebagai cikgu pun bukannya susah mana. Geram betul! Ikutkan hati, aku nak pergi rumah cikgu tu ketuk pintu. Jangan sampai aku buat aduan dekat SISPAA," ujarnya seolah-olah memberi ugutan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan individu tersebut dan menegaskan guru juga berhak menikmati waktu rehat bersama keluarga di luar waktu bekerja.

Malah, ramai berpendirian harapannya untuk menerima balasan segera pada waktu berkenaan sebagai tidak munasabah.

"Jadilah cikgu, baru tahu. Ingat sekolah macam kedai serbaneka yang buka 24 jam?

ARTIKEL BERKAITAN: Layan macam hamba! Waris didakwa ‘menekan-nekan’ cikgu balas mesej ketika memandu, puncanya anak malas catat tugasan rumah

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya minat tengok awak... muka comel” - Cikgu dedah mesej gatal bapa murid, nak berkenalan walau diberitahu sudah bersuami

"Inilah mak ayah zaman sekarang. Mentang-mentang sudah ada sistem SISPAA. Sikit-sikit nak buat aduan. Cuba kamu hormat sikit waktu orang tu. Ini tidak, nak suruh ikut waktu awak je.

"Pukul 4 atau 5 pagi bukan waktu bekerja. Waktu kerja bermula 7.30 pagi. Dia pun ada keluarga yang perlu diberi perhatian, bukan hanya melayan permintaan awak. 

"Apabila baca kenyataan awak, sudah tahu awak ni jenis ibu bapa yang terpaling entitled (beranggapan dirinya layak menerima layanan istimewa)," komen beberapa netizen.

  • Guru tak balas WhatsApp jam 4 pagi, individu ugut lapor SISPAA.
  • Netizen pertahan guru, hormati waktu rehat di luar waktu kerja.
  • Individu dikecam kerana dianggap terlalu menuntut.
  • Ramai ingatkan guru bukan bekerja 24 jam sehari.
  • Ada yang percaya hantaran itu sekadar sindiran.

Namun, ada juga segelintir netizen berpendapat hantaran tersebut mungkin sebenarnya berbentuk sindiran terhadap tanggapan segelintir pihak yang melihat tugas guru mudah dan mempunyai banyak masa lapang.

"Sabar semua jangan kecam dia. Mungkin ayat tu dia menyindir orang lain yang selalu cerita cikgu ni banyak masa. Cikgu ni tak banyak kerja.

"Lepas tu apabila tak puas hati je ugut nak report dekat SISPAA. Saya rasa mungkin itu kut yang dia nak sampaikan," ujar netizen memberi pandangan berbeza.

Artikel Lain