Kita diingatkan untuk saling menegur dengan berhikmah sekiranya perbuatan rakan dianggap melampaui batas. -Gambar hiasan AI
BERGURAU adalah perkara biasa dalam kalangan rakan-rakan namun jika menyentuh rupa paras dan fizikal ia boleh meninggalkan kesan mendalam buat diri seseorang.Seperti cerita lelaki ini, rakan sekerjanya didakwa gemar bergurau dan mengutuk fizikal orang lain di belakang mereka. Tidak menyenangi perbuatan tersebut, dia pernah menegur sikap rakannya itu secara berdepan, lebih-lebih lagi mengetahui isterinya sedang hamil.ARTIKEL BERKAITAN: Dihina tak cantik berbanding kakak, wanita ‘ajar’ makcik mulut celupar tentang sensitiviti... Bukan tinggi suara, cukup hulur kad namaARTIKEL BERKAITAN: Stres disuruh tambah anak, wanita 'sekolahkan' ibu kandung zaman dah berubah... Senarai hujah panjang lebar!"Aku ada seorang office mate suka sangat kutuk fizikal orang belakang-belakang. Dia kutuk kaw-kaw punya."Lepas tu aku balas balik ayat dia, kau ingat sikit, bini kau tengah mengandung. Risau apa yang kau kutuk itu ada dekat anak kau," tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.Menurut lelaki berkenaan, kata-kata itu membuatkan rakannya terus terdiam dan tidak lagi bercakap dengannya seperti biasa.Segelintir individu masih berpegang dengan pantang larang tertentu ketika hamil kerana bimbang kandungan akan 'terkenan' dek perbuatan yang dilakukan. -Gambar hiasan AI"Dia terus senyap dan tak bercakap dengan aku dah. Patut ke tak aku cakap macam tu dekat dia? Serba salah. Terus senyap member," ujarnya lagi.Bagaimanapun, lelaki itu mengakui dalam masa sama dia berasa puas hati dapat menegur rakannya itu supaya sedar akan perbuatannya yang mungkin menyinggung perasaan orang lain tanpa sedar.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai berpendapat teguran itu wajar diberikan memandangkan tabiat mengutuk fizikal orang lain bukan sesuatu boleh dipandang ringan.Seorang lelaki berkongsi kisah rakan sekerjanya yang didakwa gemar mengutuk fizikal orang lain.Dia menegur rakannya itu secara langsung dengan kata-kata pedas.Menurutnya. isteri lelaki berkenaan sedang mengandung dan dia bimbang apa yang dikutuk akan terkenan kepada bayinya.Rakannya itu terus senyap selepas ditegur kerana sentap.Netizen beranggapan tindakan lelaki itu memberi teguran sebagai wajar untuk menyedarkan rakannya.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, ada beranggapan kata-kata lelaki itu membuatkan rakannya tersedar tentang kesan buruk perbuatannya."Baguslah tu, sekurang-kurangnya dia berhenti kutuk orang. Saya tak suka office mates yang mengutuk dan body shaming orang lain."Masa saya mengandung, laki salah cakap ja cepat saya suruh istighfar."Macam tu juga bila jumpa couple yang tengah expecting, selalu saya ingatkan untuk jaga pertuturan," demikian antara komen netizen.