suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dihina tak cantik berbanding kakak, wanita ‘ajar’ makcik mulut celupar tentang sensitiviti... Bukan tinggi suara, cukup hulur kad nama

Ada segelintir individu suka bergurau berlebihan tanpa menyedari ia menyinggung perasaan orang lain. -Gambar hiasan AI

BANDING-MEMBANDING bukanlah perkara baharu dalam kalangan masyarakat, sama ada melibatkan pencapaian akademik, kerjaya mahupun rupa paras seseorang.

Malah, tanpa disedari perbandingan yang dianggap sekadar gurauan atau teguran biasa boleh meninggalkan kesan mendalam kepada individu yang menjadi sasaran.

Begitulah pengalaman dikongsikan seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang mengakui masih berdepan situasi dibandingkan dengan adik-beradiknya, khususnya daripada segi penampilan fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Stres disuruh tambah anak, wanita 'sekolahkan' ibu kandung zaman dah berubah... Senarai hujah panjang lebar!

Menerusi perkongsiannya di media sosial, wanita berkenaan berkata dia tersentak apabila menerima komen daripada seorang wanita yang berpangkat 'makcik'. 

"Umur 40-an, masih kena compare rupa dengan adik-beradik. Makcik kata... kenapa adik lain benar? Kakak lagi lawa," kongsinya.

Menurut wanita itu, dia hanya terdiam sebelum cuba mengawal perasaannya dan meneruskan perbualan seperti biasa.

'Budaya' banding-membanding bukan perkara baru dalam masyarakat, contohnya dari segi pencapaian anak-anak. -Gambar hiasan AI

Namun sebelum beredar, dia secara spontan 'membalas' kembali kata-kata warga emas tersebut dengan tindakan yang tidak sangka. 

"Aku bagi kad nama. Assoc. Prof. Dr. XXXX, PhD dari universiti di United Kingdom.

"Itulah kali pertama dalam hidup aku guna kad nama bukan untuk networking, tapi untuk flex secara akademik," katanya berseloroh.

Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan tindakannya bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga diri dengan pencapaiannya.

Sebaliknya, dia menyifatkan tindakan tersebut sebagai reaksi spontan selepas menerima komen yang dianggap kurang sensitif.

  • Seorang wanita berkongsi kisah dirinya dibandingkan dengan kakak yang berparas rupa menarik oleh seorang individu berpangkat 'makcik'.
  • Dia tidak menyangka berdepan dengan situasi sedemikian walaupun sudah berusia 40-an.
  • Dia hanya terdiam sebelum cuba mengawal perasaannya dan meneruskan perbualan seperti biasa.
  • Bagaimanapun sebelum beredar, dia memberi kad nama kepada wanita berkenaan sebagai 'balasan'.
  • Netizen puji tindakan tersebut sebagai cara terbaik untuk membalas tanpa perlu meninggikan suara.

"Kita bukan nak riak pun. Dia macam tindakan refleks tunjuk kad nama.

"Orang tua-tua ni kadang-kadang tak ada sensitiviti. Kehidupan mereka sekitar kawasan rumah saja, jadi kurang bercampur dengan ramai orang. Mungkin sebab itu mereka kurang peka dengan perasaan orang lain," katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai yang menyifatkan tindakan wanita berkenaan sebagai cara 'bergaya' untuk membalas komen tersebut tanpa perlu meninggikan suara atau mencetuskan pertengkaran.

"Memang ada spesies ganjil macam tu. Macam makcik saya, dia pun dah tua, tapi perangai tak berubah.

"Riak macam ni saya suka. Kadang kena flex.

"Doakan saya dapat flex macam Dr juga satu hari nanti," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain