suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau bagi, saya nak makan apa?” - Penasihat jualan kereta terpakai melenting orang tengah senang-senang minta komisen

Proses mendapatkan pembeli untuk kenderaan terpakai bukanlah satu tugas yang mudah. -Gambar hiasan AI

MENDAPATKAN pelanggan bukanlah tugas mudah, lebih-lebih lagi dalam bidang jualan kenderaan terpakai (used car) yang  sememangnya sengit dan penuh persaingan.

Selain perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan yang belum tentu berakhir dengan pembelian, para penasihat jualan (SA) juga terpaksa berhadapan dengan individu yang cuba mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi.

Terbaharu, seorang penasihat jualan kereta terpakai meluahkan rasa terkilan apabila wang komisennya cuba 'diperas' individu yang bertindak sebagai perantara kepada pembeli kereta.

"Apa motif saya jual kereta tapi duit hasil usaha saya kena ambil macam tu je? Saya jual kereta terpakai, bukan kereta baharu.

Seorang SA perlu mencapai sasaran jualan bulanan yang ditetapkan syarikat. -Gambar hiasan

Seorang SA perlu mencapai sasaran jualan bulanan yang ditetapkan syarikat. -Gambar hiasan

"Kalau semua komisen saya pelanggan nak ambil, macam mana saya nak bayar semua komitmen saya, duit makan dan duit untuk mak ayah?

"Janganlah aniaya SA anda begini. Kami kerja cari duit juga, nak beli kereta ke nak paw komisen orang," ajunya di Thread.

Menerusi tangkap layar perbualan aplikasi WhatsApp yang dikongsikan, individu berkenaan secara terang-terangan bertanyakan tentang komisen yang bakal diterima sekiranya urusan jual beli itu berjaya.

"Bang, ada komisen tak untuk saya nanti? Bukan saya yang nak beli kereta tu, orang lain," aju individu berkenaan.

  • SA kereta terpakai terkilan apabila perantara bertanya mengenai komisen jualan.
  • Dia berkata komisen diterima hanya sekitar RM400 bagi setiap kereta.
  • Perantara menjelaskan dia sekadar bertanya, bukan meminta komisen.
  • SA menegaskan komisen itu sumber rezekinya.
  • Netizen memberi pelbagai pandangan mengenai cara terbaik menangani situasi tersebut.

Pertanyaan ringkas itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang penjual kenderaan tersebut.

Susulan itu dia kemudiannya tampil menjelaskan bahawa komisen yang diterima hasil jualan kereta terpakai adalah tidak seberapa dan hanya cukup untuk kelangsungan hidupnya sahaja.

"Saya jual sebuah kereta pun komisen RM400 je bang. Kalau bagi komisen saya dekat abang, saya nak makan apa?

"Saya kerja nak cari duit makan, bukan buat kerja amal. Apa fungsi saya kerja kalau komisen saya semua customer  ambil?" ujarnya membalas pertanyaan individu berkenaan.

Situasi menjadi semakin tegang apabila perantara terbabit menyatakan dia hanya bertanyakan tentang komisen dan bukanlah meminta seperti tanggapan penjual kereta berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual kereta kaki kelentong! Janji banyak hadiah akhirnya bagi payung, petrol untuk 2km... Suruh pembeli bersyukur

ARTIKEL BERKAITAN: Jurujual kereta senang-senang suruh buat kerja percuma, lupa diri lepas dapat pelanggan... Tanya duit poket terus ‘bluetick’

Malah tegasnya, dia tidak kisah jika tiada komisen namun persoalan yang diajukan perlulah dijawab dengan sebaiknya.

"Kalau tak boleh nak bagi, tak ada masalah tapi cara jawab tu biarlah berhemah," tegas perantara berkenaan.

Luahan SA tersebut akhirnya mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya berpendapat dia tidak sepatutnya beremosi ketika menjawab pertanyaan tersebut, selain ada juga yang sempat berkongsi 'teknik' dan tip profesional untuk berhadapan dengan situasi sedemikian.

"Kalau memang dia yang recommend, daripada RM400 tu mungkin boleh bagi RM50, bukannya bagi semua, manalah tahu dia bawa lagi pelanggan lepas ni.

"Jawapan yang sesuai, maaf tak ada komisen tapi nanti saya tengok kalau ada gift yang boleh bagi," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain