suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dibandingkan dengan lembu, gadis kongsi derita pilih kasih bapa sendiri... Hadiah penampar sulung pada hari jadi ke-18 masih berbekas!

Setiap anak mahukan kasih sayang dan layanan yang adil daripada kedua-dua orang tuanya. -Gambar hiasan AI

SETIAP anak pasti mendambakan kasih sayang dan layanan yang adil daripada ibu bapa mereka, tanpa perlu dibeza-bezakan mengikut jantina.

Namun bagi wanita ini, memorizaman remajanya dipahat dengan rasa sedih dan tersisih apabila mendakwa sering dipinggirkan oleh keluarga sendiri terutama bapa kandung.

Membuka kembali lembaran kenangan hitam yang pernah dilalui, wanita itu berkata, dia mula menyedari tentang layanan berat sebelah tersebut sejurus selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Lepas saya habis SPM dulu, bapa jual motosikal aku sebab adik lelaki nak motosikal baru. Masa tu aku tanya dia... apak, kak long ni anak angkat ke? Apak tak sayang kak long ke?

Pendidikan dapat mengubah kehidupan toksik seseorang. -Gambar hiasan AI

Pendidikan dapat mengubah kehidupan toksik seseorang. -Gambar hiasan AI

"Aku pun ada tanya sama ada dia akan menyesal atau tidtak kalau berlaku apa-apa pada aku semasa dalam perjalanan pergi kerja," ceritanya di Thread.

Menurut wanita ini, disebabkan persoalan yang ditimbulkan itu, dia menerima penampar sulung daripada bapanya.

Lebih menyentuh hati, insiden tersebut berlaku pada hari kelahirannya yang ke-18.

Malah, bapanya secara sinis turut menghamburkan sindiran tajam dengan menyamakan maruah membesarkan anak perempuan seperti membela haiwan ternakan.

"Bapa aku jawab... inilah yang orang kata bela anak perempuan seorang macam bela sekadang lembu. Sudah bela bagi makan pakai... dia persoal pula.

  • Wanita dakwa sering dipinggirkan bapanya kerana perrbezaan jantina.
  • Selepas SPM, motosikalnya dijual untuk membeli motosikal baharu buat adik lelaki.
  • Bapa didakwa menganggap membesarkan anak perempuan sebagai beban dan tidak menggalakkan dia bekerja.
  • Dia sering dibandingkan dengan sepupu yang berkahwin muda.
  • Wanita itu berjaya mengubah nasib melalui pendidikan, manakala perkongsiannya mengundang simpati netizen.

"Dia minta aku jadi macam mak aku, walau pun bekerja tetap tahu 'tempat' sebagai seorang isteri," tambahnya mengadu nasib.

Tindakan bapa kandungnya itu tidak terhenti di situ apabila dia turut dilarang untuk keluar bekerja selepas tamat SPM, atas alasan kononnya anak perempuan yang bekerja hanya akan memalukan keluarga.

"Tayang muka kau kat luar buat apa? Buat malu aku je anak dara ke hulu ke hilir kejar apa pun tak tahu. Kau sendiri pilih jalan ni, kau jangan menyusahkan aku," ujarnya mengimbau semula herdikan bapanya.

Dalam pada itu, dia mendakwa sering dibandingkan dengan sepupu-sepupu wanita lain yang memilih untuk tidak menyambung pelajaran dan berkahwin pada usia muda.

Bapanya juga didakwa lebih mengutamakan anak lelaki atas pegangan bahawa mereka bakal memperoleh bahagian harta pusaka yang lebih besar kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘membara’ kenang perangai toksik mak saudara, geram ibu ajak hadir majlis kahwin - “Dia tetap kakak mama!”

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteri

Bagaimanapun, segala diskriminasi dan pendirian kolot bapanya itu sedikit pun tidak mematahkan semangat wanita ini untuk memburu pendidikan yang sempurna sehinggalah dia akhirnya berjaya membina kerjaya serta berkahwin.

Bagi dirinya, hanya dengan pelajaran sahaja dia mampu mengubah takdir hidup, sekali gus membebaskan diri daripada persekitaran toksik tersebut agar anak-anaknya tidak 'mewarisi' penderitaan yang sama.

Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya serta berharap dia terus kuat meneruskan kehidupan demi masa depan yang lebih baik.

"Ramai yang tahu tentang agama, tetapi yang benar-benar memahami dan mengamalkannya tidaklah ramai. Kadang-kadang ilmu agama hanya setakat tahu, bukan dipraktikkan dalam kehidupan.

"Lelaki akhir zaman ni telah kembali ke zaman jahilliyah dulu, sedangkan Islam sangat menjaga wanita," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain