SELEPAS seharian sibuk dengan kelas dan tugasan, seseorang pelajar itu pastinya mendambakan waktu rehat dan tidur yang tenang tanpa gangguan.Namun menurut seorang gadis, hidupnya sering terganggu gara-gara sikap rakan sebiliknya yang tidak tahu menghormati masa, terutamanya pada waktu tengah malam. "Kenapa roommate aku semester ni langsung tiada common sense? Aku tutup lampu sebab dah pukul 12.30 tengah malam.Waktu tidur boleh terganggu apabila wujudnya rakan sebilik yang tidak bertimbang rasa. -Gambar hiasan AI"Tiba-tiba perempuan ni balik, dia mandi dan selamba badak buka lampu sebab nak pakai skincare," luah gadis itu penuh kecewa.Hantaran yang dikongsi pada Isnin itu tular di aplikasi Threads sehingga ia mengundang pelbagai reaksi netizen.Malah, ramai golongan pelajar yang turut berkongsi pengalaman serta pandangan mereka berhubung isu sama.Pelajar tular selepas kongsi perangai buruk rakan sebiliknya di Threads.Waktu tidurnya dterganggu apabila gadis itu membuka lampu pada waktu malam.Dia mendakwa rakan sebiliknya itu membuka lampu untuk memakai produk wajah.Ramai golongan pelajar turut kongsi pengalaman mereka pada posting tular itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Roomate aku dulu macam ni juga. Awal-awal aku sabar. Tapi apabila dah kerap, aku tegur dalam chat. Masam muka sampai habis semester."Dulu saya dapat roommate jenis tidur tak tutup lampu. Saya pula katil tingkat atas. Dua semester kena hadap perangai pentingkan diri dia.ARTIKEL BERKAITAN: 'Berdesup', 2 minit siap! Wanita musykil 'roommate' solat laju, lepas bagi salam terus tengok telefon - "Baca yang wajib je"ARTIKEL BERKAITAN: “Jantan tu tahu bentuk badan kami!” - Gadis berang ‘roommate’ VC lelaki sambil mandi, sampai terlanjur tayang aurat kawan sebilik"Aku pernah ada roommate gila macam ni. Aku dah tidur, lepas pukul 12 malam, dia bergayut dengan teman lelaki, lepas tu buka lampu untuk study," kongsi beberapa individu.Menurut seorang lagi wanita, dia pula tidak sanggup mengganggu rakan sebiliknya sehingga terpaksa memakai produk penjagaan wajah dalam gelap."Aku kalau balik tengah malam, sanggup pakai skincare dalam gelap. Teraba-raba tangan cari skincare, guna lampu telefon je," tulis wanita itu pula.