Segelintir ibu bapa merungut dan mempersoalkan bayaran yuran sekolah yang didakwa mahal. -Gambar hiasan AI
SECARA umumnya, kutipan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bertujuan membantu pihak sekolah menampung pelbagai keperluan serta menjayakan aktiviti yang memberi manfaat kepada pelajar.Namun di platform Threads, perkongsian seorang individu mencuri perhatian warga maya apabila dia secara lantang mempersoalkan kutipan sebanyak RM100 yang dikenakan oleh pihak sekolah terhadap para pelajar.Menurut individu berkenaan, apa yang membuatkan dia terkilan adalah apabila anaknya didakwa dimalukan di hadapan rakan-rakan hanya kerana gagal menjelaskan bayaran tersebut."Sumbangan PIBG ni wajib ke? Kenapa perlu mendesak sedangkan keluarga kami dah kata tak boleh bayar sebab tak mampu dan ada krisis kewangan. Lepas tu malukan anak dalam kelas. Menjijikkan tenaga pengajar yang sifatnya begitu," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ‘back up’ anak bongsu malas pergi sekolah, mengamuk terbalikkan almari tanda protes - “Aku dulu dah kena penampar”ARTIKEL BERKAITAN: Murid belajar menipu, reka cerita tuduh cikgu marah tanpa sebab... Lepas siasat rupanya bapa sendiri punca masalah!Dalam masa sama, individu itu turut mempertikaikan kenaikan jumlah sumbangan yang menurutnya meningkat daripada RM50 kepada RM100.Dia malah menuduh pihak sekolah tidak menggunakan kutipan berkenaan untuk perkara yang penting terutamanya daripada segi infrastruktur untuk kemudahan pelajar. "Dulu kutip RM50 je, sekarang RM100. Pelajar ada sesi pagi, sesi petang. Satu kelas ada 42 orang minimum, sekolah ada 12 kelas. "Kau kumpul duit tu tapi aktiviti dan naik taraf sekolah dibuat cikai-cikai. Kalau pasang aircond dalam kelas bolehlah aku terima," luahnya.Ibu bapa atau penjaga disarankan untuk hadir ke mesyuarat PIBG bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai program sekolah supaya tidak timbul salah faham. -Gambar hiasan AIMenurutnya lagi, jika kutipan tersebut benar-benar dikategorikan sebagai sumbangan, pihak sekolah tidak seharusnya memberi tekanan kepada ibu bapa atau pelajar yang tidak mampu untuk menyumbang."Kata sumbangan... kau tenaga pengajar, aku nak kau study balik maksud sumbangan tu. Kalau sumbangan, janganlah sampai mendesak dan memalukan pelajar tersebut apabila dia tak mampu nak bayar," katanya.Selain itu, penjaga berkenaan turut mempersoalkan keperluan kutipan dana tambahan bagi penganjuran majlis kecemerlangan sebanyak RM50 sedangkan sumbangan PIBG sudah dikutip daripada ibu bapa dan penjaga."Tiba-tiba kena ada dana lain untuk majlis kecemerlangan. Jadi apa fungsi duit PIBG yang RM100 tu?" katanya lagi.Seorang penjaga mempertikaikan sumbangan PIBG sebanyak RM100.Dia mendakwa anaknya dimalukan guru kerana tak bayar.Individu itu turut menuduh sekolah tak guna kutipan untuk perkara penting terutamanya infrastruktur.Tegasnya, pihak sekolah tidak wajar menekan ibu bapa dan penjaga memandangkan ia adalah sumbangan.Netizen mengecam individu tersebut kerana tak faham fungsi sebenar sumbangan PIBG.Ringkasan ini dijana oleh AIHantaran individu tersebut bagaimanapun mengundang kecaman warga maya dengan rata-ratanya menyifatkan penjaga tersebut tidak memahami fungsi sebenar kutipan PIBG yang lazimnya digunakan bagi menampung pelbagai keperluan sekolah.Malah, ada yang berpendapat jumlah RM100 setahun tidak terlalu membebankan sekiranya dibandingkan dengan manfaat yang diterima pelajar sepanjang sesi persekolahan."Maaf bertanya, RM100 setahun, kalau dibahagi kurang RM10 sebulan. Sesusah itu ke kewangan awak?"Selama 18 tahun pegang jawatan guru kelas, boleh je bayar ansur-ansur. Ya, memang sumbangan, tapi secara tidak langsung anak dan ibu bapa sendiri mendapat keberkatan."Bising-bising ni pergi meeting PIBG tak... Cuba pergi dengar, baru faham," demikian antara komen netizen.